My Little Iman Store

My Little Iman Store

Thursday 26 February 2015

Pencarian Breast Pump Terbaik

Hi All

Topic hari ini adalah Pencarian Breast Pump Terbaik (atau selalunye pump mane yang bagus eh?). Ok pertama sekali saya adelah salah seorang ibu yang menyokong penyusuan badan (Breastfeeding). Saya sendiri seorang ibu yang berkerja dan memilih untuk menyusukan anak. So review kali ini hanyalah perkongsian pegalaman dan pendapat based on penyusuan anak pertama saya selama 2 tahun.

Sebenarnye keputusan untuk Breastfeed ni adalah terletak di tangan ibu itu sendiri. Nak kasi susu ibu or formula, itu adalah pilihan masing masing. Munkin saya ditakdirkan berada di kelompok ibu ibu yang menyusu badan, dimana ke dua dua orang kakak saya memang breastfeed anak diorang walaupon x de la exclusive sampai dua tahun, tapi first year tu memang minum susu ibu je. Oleh itu kalau kita dari awal dah berniat nak breastfeed, kita kene lah merancang dan belajar cara cara untuk memastikan niat kita tu tercapai. Mungkin untuk ibu yang tak berkerja, kebanyakan memilih untuk direct feed, tapi ade jugak sesetengah ibu yang tidak berkerja memerlukan pump, sebab bukan sorang je anak nak handle, kalau existing dah ade tiga orang, mestilah banyak mase yang perlu dibahagi bahagikan. Tapi selalunya cabaran utk breastfeed ni agak kuat untuk ibu ibu yang berkerja. Perkara perkara yang perlu difikir.

1. Babysitter/Taska nak ke menguruskan susu ibu.
2. Masa (Berapa banyak masa nak diambil utk pump susu ketika berkerja)
3. Cara nak handle susu (simpan, panaskan, tarik luput)
4. Confirm tak cukup tido sebab malam anak nak menyusu dan nak pam lagi
5. Cukup ke susu/Ade ke susu?

Selalunya benda benda di atas la yang kita kene fikir ketika kite decide nak Breastfeed anak. Berbalik kepada pemilihan pump tadi, Pump mane yang bagus?

Sebenarnye penggunaan pump ni pada saya memberi sumbangan yang besar dalam kejayaan penyusuan badan ini. Tetapi bukan pada brandnye sahaja, jenis pam juga memainkan peranan. Kalau ikut boleh, pump manual tu pon dah cukup untuk mendapatkan susu, cuma masa, kekerapan, penat dan konsistency la yang menjadi masalah.

Dekat market ade banyak jenis pump, single, double, manual,medela, avent, spectra dan sebagainye sampai kadang kadang kita tak tau nak decide nak beli yang mana. Harga setiap unit tu jugak berbeza, jadi kita pon dok terpikir gak yang mana sesuai utk penggunaan kita dan met bajet yang kita ada. Of course lagi murah lagi bagus hehe.

Untuk ibu yang berkerja, saya sarankan anda beli je double pump. Maknanye, pump dua  dua belah dalam satu masa. Kenapa? sebab untuk yang berkerja ni, masalah kita adelah masa. Selalunya kita kene pump setiap 3 to 4 jam sekali untuk memastikan production susu kita consisten dan banyak. Selalunya sekali pump kita akan ambil masa 10 minit untuk pemerahan dan 5 minit untuk penyediaan (basuh basuh).So kalau kita pakai single pump, kita kene gandakan masa yang 10 minit tu jadi 20 minit. Hmm kalau berkerja dan nak ambil masa 25-30 minit break untuk perah susu sememangnye akan mengganggu kerja kita la sebenarnye. Dan kita perlukan masa selama dua tahun tau nak susukan ni. kalau hari hari hilang setengah jam pagi, setengah jam petang, memang akan menggangu kerja kita dan org lain gak.. lagi lagi kalau dapat bos jenis x bertoleransi ni. memang last last kita akan give up dan stop la penyusuan badan. Lagi satu kalau kita g training or conference or workshop ke, sememangnye la x de mase nak pam lama lama. Sebab tu double pam ni sangat la disarankan, selain itu production susu akan lebih kurang sama untuk dua dua belah. Selalunya breast kita akan membengkak dua dua pada waktu yang sama, so kadang kadang kalau kita pump sebelah, dah sebelah lagi meleleh, rugi lah hehehehe.

Untuk single pump pulak, kalau ada rase masa bukan satu masalah untuk perkerjaan anda, maka single pump ni aje dah cukup sangat untuk penyusuan susu badan. Begitu jugak dengan Pump manual, cuma bezanye pump manual ni memenatkan la. Kalau pam electric, kita on je sambil main game tengok tengok  dah penuh.. beres :-)

Ok perbezaan dari segi brand pulak, sebenarnye kejayaan breastfeed ni tidak bergantung 100% pada brand pump. Saya rase brand ni contribute dalam 20% je. Kenapa 20%. sebab jenama jenama besar mcm medela/philips avent ni, mereka memang ade r&d team yang buat research mendalam mengenai kaedah penyusuan bayi dan pam yang direka oleh mereka memang mengikut mimic baby menyusukan. Untuk pump lain, kebanyakannye di design base on pump mechanism (mekanikal). Sebab tu ade yang tanye saya, kenape dier pakai pump pureen electric sakit gila... tapi bila pakai avent manual pon x sakit mcm ni...haa sebab pumping technic tu la. Tapi mcm saya cakap, ia menyumbang 20% je.. kalau anda malas pump, tak berdisiplin nak pump, tak consistent dan salah guna pam, maka penyusuan itu akan gagal walaupon anda pakai pam yang paling mahal dalam market.

Saya suka medela freestyle sebab banyak benefit yang saya dapat dari pump tu. Memang mahal sikit, tapi berbaloi dan kalau kira investment, susukan anak setahun dah balik modal dah pon. hehe so ni utk anak ke 2, memang dah sangat berbaloi la pembelian pam mahal tu. Tak payah berhabis duit beli formula. Selain itu kita dapat berikan susu yang terbaik untuk anak kita. Sesungguhnye ciptaan Allah s.w.t tu memang yand terbaik di muka bumi ini. Pump ciptaan manusia pon x dapat ikut 100% cara baby menyusu. Tak percaya? bila kita bengkak susu, cuba kasi anak direct feed dan sebelah lagi kita pump... terase perbezaannye. rase lega bila anak hisap dan hilang rase nak demam.

Tapi untuk mereka yang memang tak mampu beli Medela/Avent ni, jangan putus asa, pump biase pon boleh sebenarnye, banyak pam pam yang available kat market dan mampu untuk dimiliki. Janji niat kita nak breastfeed tercapai. 

Ok sampai disini sahaja yang saya boleh tulis, , mata dah mengantuk gila, karang termerapu pulak. Boleh tengok tengok breastpump package yang aveilable di MyLittle Iman Store ni

Ok Bye

My Little Iman Store
012-2278545

No comments:

Post a Comment