My Little Iman Store

My Little Iman Store

Sunday 12 February 2017

Best Babyzen YoYo Plus

Hi Mommies and Papas

Hari ni saya nak share sikit pasal antara kehebatan stroller yang saya bawak pergi travel ni. As we know, saya ke UK selama 12 hari bawak anak anak umur antara 1 tahun hinggan 4 tahun. Masa saya pergi tu Iman nak masuk 4 tahun, Ilham 11 Bulan. Kami jalan jalan sendiri je, tak de tour guide, tak ade package dan semua buat sendiri la senang cerita. 

Sepanjang percutian kami, our best buddy is our Babyzen YoYo. Stroller ini banyak berjasa melancarkan perjalanan kami sekeluarga dan anak anak pon selesa. Babyzen YoYo ni sangat penting se penting Passport kitorang. Saya nak cerita bagus nya Babyzen YoYo ini ikut pengalaman yang kami lalui.

1. Semasa nak ke Uk. Kami naik dari KLIA ----> DOHA ----> LONDON. So ade transit at DOHA dalam sejam setengah la. Imagine flight pukul 2 pagi. Bayangkan kalau x de stroller... hehehe mase ni husband saya bawak satu bagpack yang dalam 7kg...saya bawak bag susu dan makanan anak yang berat lebih kurang sama. So bayangkan kalau x de stroller.. Pengsan.. So saya bawak satu YoYo. Husband bawak Satu yoyo.. tolak stroller sampai depan pintu masuk flight. Bila ground officer tengok.. YoYo??? terus kata ok boleh masuk. Kita pon lipat..tak payah masuk bag pon, simpan terus dalam cabin.

Mak Pon nak Posing dengan YoYo

2. Masa transit dekat DOHA. Kalau ikut waktu malaysia mase tu jam 8 pagi. Kalau ikut waktu DOHA.. sama tu saya tak ingat dah tapi ,mcm awal pagi la kat sana.. and anak anak masih tak larat nak jalan sendiri. Sekali lagi YoYo menyelamatkan kami, dengan bantuan YoYo perjalanan kami lancar dan kurang penat. Siap nyaris terlepas flight ok sebab slow sangat, nasib ada YoYo. Kalau Sttoller masuk cargo memang habis la kitorang. Gambar kat DOHA airport takde sebab tak sempat

3. Sampai di Heathrow London. Kami nak sewa kereta, Nak ke tempat ambil kereta tu kene guna stuttle. Nasib stroller kami kecik so muat, tak payah dua trip. And yang paling penting, kereta kami sewa tu memang sesuai utk family kecik. Peugeot 208 ke 308 tak ingat. Tapi booth die ngam ngam masuk 2 bag besar, 1 yoyo  and 1 bagpack. Satu lagi yoyo letak kat depan car seat adik. Hmmm selamat duit.. kalau tak kene upgrade kereta sebab barang.. bukan sikut duit tau..boleh beli lagi satu yoyo.

Bila check balik. Ini je gamba bersama kereta yang ade. Adoi

4. Sepanjang berjalan kat sana, cuaca tak menentu, kejap panas kejap sejuk kejap hujan. Haaaaa bayangkan kalau x de stroller + Rain cover.. makanya kami dok dalam hotel aje le. Rain cover sangat kritikal ok. sebab kalau sejuk, angin dia anak anak tak tahan, so diorang akan menangis. Bila ade rain cover, pastu pulak rain cover tu transparent, ok la anak boleh duduk diam diam dalam tu. Ade yang tanye, boleh pulak anak ko duduk diam dalam stroller, mintak tips... hahaha tak de tips ok .. keturunan kot.. dua dua x de masalah duduk stroller cuma kami memang guna stroller sejak anak baby lagi. jalan jalan taj suka dukung. sama ada duduk stroller atau lepaskan jalan. ,mungkin itu salah satu faktor kot.

Terbang tinggi Malaysia Airlines

Stonehenge
Tunggu Abah Pulangkan Kereta

Sementara Tunggu Dobi

Hujan Sepanjang Hari Tapi Tak Lebat.. Sejuk

Sementara Tunggu Parade Disneyland.. Org sebelah kami dari Japan pon bawak YoYo tau

5. Menggunakan pengangkutan awam. Kami kat sana naik bas/subway/train. kalau bawak stroller yang tak compact maka nya suamiku akan menjadi mangsa keadaan. Sebab dia la kene turun naik tangga manage stroller.. saya memang tak la.. ahahaha.. pastu setiap kali naik bas hop on hop off tu.. tak payah fold yoyo sebab kecik dan tak makan ruang. Orang sekeliling pon rajin nak tolong sebab kecik strollernye.
EuroStar dari London ke Paris

Dalam Hop On Hop Off Bus

6. Waktu tidur anak. Hmm ni pon penting, sebab perubahan waktu kan, kita yang dewasa ni ok je. anak anak la, tidur tak menentu, so kalau x de stroller... sekali lagi.. duduk hotel aje la... Dengan ada nya yoyo.. bila dia nak tido.. kita tarik canopy, pasang raincover, letak blanket... sejuk pulak ala ala air cond.. lena lah anak anak mama..

My Happy Baby

After Long Hour Flight..Adik tu tak berseluar sebab 3 Kali muntah

Selain tu, masa jalan jalan pon kita nak bawak dua stroller pon x rase penat, sebab kecik.. kalau anak tak nak naik.. kita lipat atau jadi stroller letak barang barang. So far alhamdulilah.. kami tinggal stroller tak pernah hilang lagi.. kami pergi disneyland paris.. even ke jepun dulu pon.. parking stroller and stroller tak hilang.

Secara jujur. Babyzen Yoyo masih pilihan no 1 saya. Sebab dah 5 Tahun pakai, qualiti masih baik. Dan berbaloi duit yang dikeluarkan. Sedikit sebanyak perkongsian pengalaman saya ber YoYo.

Kami masih menjual Babyzen YoYo Plus.. Kali ni Package lebih menarik. Boleh Visit FB & Instagram kami 

FB : My Little Iman Store

Instagram : Mylittleimanstore

atau 


012-2278545

Ok Semoga Bermanfaat
Bye Bye


Babylon YoYo Plus 2016/2017

hHi

Tahun ini kami hanya menjual Babyzen YoYo Plus sahaja. Yang YoYo lama / biasa tu dah discontinue. Yes harga yoyo plus ni lebih mahal, banyak jugak la bezanya. Ini adalah kerana Babyzen adalah jenama premium utk baby stroller dan yang lama tu banyak sangat tiruan.

Babyzen YoYo Plus ini didatangkan dengan quality fabric utk seat dan canopy yang lebih baik dan lembut. Selain itu shopping basket juga lebih besar. dekat sling dia jugak ade diletakan padding supaya bila sangkut stroller kat bahu, tak la sakit. Yang paling best, yoyo plus ni boleh pasang adaptor (dijual asing) dan attachedkan dengan maxi cosi carrier or Cybex carrier. So utk baby newborn boleh la pakai carrier dgn stroller. Saya cdangkan instead of beli newborn nest yoyo baik beli adaptor dan maxi cosi carrier, sebab multifunction.

Babyzen YoYo Plus


Customer Photo 😍😍

MyLittleIman 

London - Paris trip Bahagian 1


Hi Semua

Dah lama sangat tak Update Blog. Tengok kat List tu last Update November 2015. Hahaha memang busy tahap gaban nih. Ilham sekarang dah nak masuk setahun, so makin ok la sikit cuma sekarang kalau nak update blog/facebook/instagram kene tunggu dua dua ni tido je la. Kalau tak jangan le harap.

Ok. Kali ni nak cerita pasal trip kami sekeluarga ke Europe. Tak la Europe sangat, England dgn France je pon kami pergi. Tak dapat menerjah ke beberapa negara sebab travelling with kids and infant kan.

Sebenarnye dah  lama berangan nak ke sana. Sejak belum kawin lagi, dulu ingat nak bagpacking la, tour Europe la.. last skali tak sempat. Dah rezeki nye pergi dengan suami dan anak anak rupenye. Kami dah plan nak ke sini sejak hujung 2015 lagi. Tapi dok fikir nak ke tak nak.. nak ke tak nak sebab Ilham kecik lagi. Tapi bila fikir balik, masa bawak Iman ke japan dulu pon umur dia belum setahun, alhamdulilah Ok. Tak de masalah, so kami confident la walaupon tahu yang cabaran lebih sikit sebab dulu kami bawak satu. Now kami bawak dua.

Duit kami nak ke Europe ni dah kumpul sikir sikit dah. By December 2015 duit pon dah ngam la dengan yang kami bajet.       So start bulan 1 tu saya dah mula survey ticket. Target max kami kalau x de ticket murah, saya akan beli masa MATTA Fair. Sebelum bercuti dan rancang hotel semua ticket kene beli dulu, senang.. karang dah booking bilik semua tiket tak de payah.  Sebelum tu saya ade bertanya pada Personal Travel Agent aka Kak Julia. Kak Julia ni selalu bawak group melancong ke Uk & italy dan sekitar Europe. Kak julia ni jugak Jiran kitorang so memang kenal dia la. Asalnye plan nak ikut Kak Julia ni sebab tengok Itenery dier agak best. tapi masa kami plak tak sesuai dgn dia. So kak Julia ni kata tak pe la kitorang pegi sendiri dia kasi la tips tips melancong ke sana.

Boleh Follow Instagram Kak Julia ni traver15hopper

Plan ke sana ni saya memang kene buat betul betul sebab nak bawak anak anak kan. Ape ape hal susah pulak kat sana. So dengan bantuan Kak Julia dan saya pon ade baca beberapa website Visit Uk dan beberapa blog, saya pon start tulis plan.

First. Beli ticket flight. Pilihan saya:

1. Malaysia Airlines (Ini semamangnye pilihan rakyat malaysia bila nak ke mana mana, tapi yang ditawarkan oleh malaysia airlines ni tak menepati bajet saya, kalau naik MAS ke London, dia direct flight from KLIA to LHR - 14 Jam Perjalanan Non Stop. Masa saya nak beli ni ticket MAS RM 3299 seorang return ticket)
2. Emirates (Emirates ni memang famous la. Even company yang saya kerja tu kalau flight ke UK memang akan ambil Emirates. Mase ni Emirates Tiket dier Ok. Berpatutan dalam RM2699, selalunya harga ni dikira Murah la utk ke London)
3. Etihad ( Etihad menjadi pilihan sebab pernah terbaca dalam FB ticket dier murah, tapi masa saya nak beli tu, mahal giler. so ni Reject)
4. Qatar Airways (Qatar Airways pulak tak termasuk pon dalam senarai saya, tapi sesaja bukak. tengok tengok ade promotion. Multycity KUL-London Paris-KUL. Means pergi dari KLIA ke London, Balik naik dari Pari ke KLIA. Flight ade transit kat DOHA. So Flight dier 7 jam ke Doha pastu 7 jam ke London. Transit Sejam 40 minit. Ok la Kami dapat Tiket Average 2000++).

Bila dah beli baru terbaca yang Tahun 2015 Qatar Airways dapat anugerah Airlines terbaik dunia mengalahkan airlines yang lain di ikuti Emirates. Malaysia Airlines tak masuk senarai pon. Namun saya tetap sayangkan MAS dan berharap MAS terus maju dan terus terbang tinggi membawa bendera negara kita. Tapi macam saya kata la, faktor harga tu penting. Beza rm1300 kalau dikali tiga dah berapa kan.

Lepas beli tiket, kita check pulak hotel kat sana dan plan perjalanan. Berapa hari nak ke sana, berapa tempat nak pergi, nak naik ape (kereta or public transport or hired someone kat sana utk bawak jalan jalan). Disebab kan kami berempat aje. Maka, rugi la kalau kita hired org bawak kita ke sana sini. kalau in group berbaloi. Benefit ade guide ni adelah, kita tak payah pikir ape ape. Diorang buat semua, kita bawak badan aje. So again, sebab bajet agak besar kalau nak hire guide, kami pon pilih utk jalan sendiri, lagipon lebih mudah utk yang anak anak kecik ni. Ikut masa sendiri nak jalan... kita jalan..  nak rehat.. kita rehat. Kita tak attached dgn apa apa.

So saya dah susun plan selama 10 hari di Europe. 2 hari perjalanan. 6 Hari pertama kami di England. 4 hari berikutnya kami di France.

6 Hari di England

1. Sehari di Bicester - Tidur satu malam
2. Sehari di Oxford - Tidur satu malam
3. 4 hari di Kota London

4 Hari di France
1. 2 Malam di Marne La Valee - Disneyland
2. 2 Malam di Kota Paris

Apa Kami Buat kat sana? Tunggu  next entry.



Bye Muah

Monday 6 February 2017

London - Paris Trip Bahagian 2

Hi

Haritu dah cerita bahagian 1. Now bahagian 2. Setelah berabad lamanya baru la nak citer. Tapi masih segar di ingatan lagi cerita kami ke UK. Kami ke sana bulan May 2016. Masa ni nam masuk musim panas. Tapi masa kami pergi cuaca tak menentu.. kejap sejukkkkk kejap karang panas. Nasib bawak baju tebal jugak. So agak haru biru disitu dengan cuaca yang tak menentu tapi alhamdulilah semuanya lancar dan yang penting ENJOY!!



Kami Naik dari KLIA pastu transit jap kat DOHA.. pastu terus ke Heathrow. Transit tu 2 jam aje.. so nak kasi tips la eh kat kawan kawan semua. Kalau travel with kids, 2 hours transit tu kene cepat cepat.. tak boleh slow ikut rentak anak anak sebab 2 hours tu sangat lah pendek, flight selalu boarding like sejam awal kan, so kita sebenarnye ade sejam je utk jalan jalan cari terminal kat airport tu.. Macam pengalaman kami, nyaris termiss flight sebab melenggang kangkung siap berenti tuka pampers pastu turun kapal lambat.. sampai dengar announcement last call for London Bound baru lah kami sekeluarga memecut dengan lajunya. Bayangkan dengan anak anak.. Nasib ade bawak Stroller Babyzen YoYo. kalau kene dukung sambil berlari memang habis la. Ngam ngam kami masuk je.. pintu pon tutup.. Nasib baik.. tak boleh bayangkan kalau terlepas flight tu.

Fligh pukul 2 pagi.. Kita ingat dia tido..boleh riang begini Si Ilham ni

Dalam flight, everything went well. Qatar Airways World No1 Airlines. Memang best..selesa and makanan pon best.. Flight Attendant pon bukan main suka kat Iman and Ilham. so our total 18 hours travelling from KL to Heathrow..berjalan lancar.. Penat? Jangan cakap la.. so kalau nak travel dgn anak kecik mcm ni paham paham je la. Tapi inilah yang saya mahukan, so tak de masalah walaupon badan rase mcm dah nk patah 2.

Untuk yang bawak anak bawah 2 tahun, boleh request bassinet.. Nak pegang anak 14 jam? oh tidakkkkk

Ni akak pramugari yang ambik kan.. suka sangat tengok kita bawak anak anak.. dia dah offer.. ape lagi..

Sampai je Heathrow, kami pon jalan la pelan pelan. Ambil beg, Pergi toilet siapkan anak, tuka baju, beli snack dan air terus ke Shuttle Station untuk ambil kereta sewa. Kami sewa kete dengan company Europe Car.. Booking semua buat online, Sampai je sana. register, buat final payment and pilih kereta Teruskan perjalanan. Hahaha perasaan masa tu mcm tak percaya je.. dah laki bini dok gelak gelak sengeh sengeh.. ye la lama tu kumpul duit nak datang sini..


Kitorang terus drive ke Bicester untuk check in Hotel.. sampai heathrow pukul 12 tengahari.. ambik kereta drive ke Bicester dalam 45 minit.. Pukul 3 ptg la mcm tu baru kami Check In.. Just in time. Kami pilih ke Bicester ni dulu sebab nak jalan jalan luar kota london.. ke Oxford dan Stonehenge dan jugak semestinya untuk ke Bicester Village. Kat sini kami duduk Premier Inn Bicester. Best la bilik dia besar, ada dua katil queen dan berdepan dengan Tesco. Dugaan pertama kat sini, kami tersalah beli susu anak.. adeh boleh pulak mase beli tak perasan ambik Pediasure Perisa Coklat.. Ilham memang tak nak la.. Iman pon mcm x suka..so bermula la aktiviti mencari susu di Tesco. Oh lupa nak citer, makanan pulak..kami ade tapau kfc masa nak naik flight...so utk ilham dia makan mashed potato.. iman makan ayam. pastu kita beli buah buahan.

Makanan untuk Iman kami x ada masalah sangat sebab dia dah boleh makan apa kami makan, cuma untul Ilham kami ade la bawak Heinz Babyfood tu.. tapi malangnya dia x berapa nak.. so mencari la mashed potato dan pisang. ada instant babyfood perisa ikan bilis tu pulak Ilham nak..so dia makan tu la kat sana.



Ok nanti sambung lagi Bahagian 3

Bye Bye


Wednesday 25 November 2015

Rumah / Kedai My Little Iman Store

Assalamualaikum Semua

Di blog My Little Iman ni selain untuk berniaga, saya jugak jadikan medium untuk Ber Blogger, share sikit cerita cerita yang boleh di share.

Harini nak kongsi cerita tentang rumah baru kami atau kedai baru kami (since rumahku lah kedai ku). Rumah ni dibeli pada Awal tahun 2014. Rumah Teres dua tingkat paling tepi sekali. Ni kira rumah kedua kami la di Kluang ni. Rumah pertama kami beli rumah teres setingkat je dan rumah tengah takde tanah hehehe


Masa awal awal kawin kami beli rumah ni, sebabnya saya rase macam rugi pulak menyewa lama lama. Lagipon rumah di Kluang ni tak semahal di KL. Jadi walaupon mase mula mula kawin, duit sikit, kami tetap nak beli rumah, Awal awal memang la rumah macam surau hehehe sebab duit kene keluar lebih utk monthly installment. Setahun gak kami menyewa sebelum dapat kunci rumah satu tinggkat ni. Perasaan masa tu happy la, rumah sendiri kan, selama ni duduk rumah mak abah je, tapi apekan daya, mase rumah ni siap pon kami masih lagi bajet bajet, so masuk rumah pon buat benda basic je. Pasang Grill, buat wiring, pasang langsir dan Cat (Cat sendiri). Kitchen cabinet, plaster ceiling, wallpaper semua tak mampu nak pasang.


Lepas 4 tahun dan adah ade anak sorang, kami pon mcm rase nak beli rumah lain la, besar sikit, kalau boleh dua tingkat and husband sibok nak rumah yang bertanah, lama jugak pencarian kitorang kat area Kluang ni, Ada yang suka dah terover bajet, ade yang within bajet tapi x suka, sampai la kami ke rumah baru launch dekat taman kami duduk ni jugak la. Tengok show house dier cantik giler, trus terpikat, Tapi showhouse dier overpriced plak, mahal nau.. tak mampu. So kami pon tengok la unit lain, mase tu memang dah target nak ambik corner lot, tapi sebab corner lot tu hot cake, yang kami nak plak dah penuh...adeh.. so balik dengan penuh kekecewaan. Sales person tu pujuk kami beli lot yang kami tak nak, namun saya tetap bertegas, kalau nak beli biar la yang hati kita suka sebab bukan beli baju, beli rumah kot, baju tak suka boleh sedekah kat orang, rumah? nak sedekah? kekeke


Lepas dua minggu Sales person tu call kami balik inform yang dlm dua hari ni diorang nak launch new phase, harga sama. So dia kata kalau ade duit kasi dia booking fees 500 untuk rebutkan rumah yang kami nak tu. Mula mula takut gak kene tipu sebab boleh ke kasi org duit tak de resit ape ape pulak agent tu dtg rumah kami kul 12 malam kot ambik duit. Tapi tawakkal je la. Kalau org tu tipu abis la 500 aku. Tapi alhamdulilah sales agent tu ok, dua hari lepas tu dia call kata dah berjaya book kan rumah yang kami nak tu dan trus keluarkan resit rasmi. Huh nasib baik jumpa dgn org jujur. So kitorang pon proceed la dgn loan application. Apply dengan beberapa bank, last sekali ambik dgn RHB Islamic sebab interest rates dier ok dan Banker tu ok, Public bank ok tapi banyak songeh, nak mcm mcm, bank islam plak banker dier sangat annoying, Orang nak buat housing loan, dier sibok promote personal loan kat husband ku. So rezeki RHB la.

Dalam dua tiga minggu loan pon lulus and bermula la sain men sain s&p yang tebal giler. Kami bernasib baik sebab legal fees utk rumah ni Developer yang tanggung, So duit tak banyak keluar. Lepas sain tu bermula la prosess penantian.. hari hari lalu kasawan tu.. tengok tengok dah siap... dalam setahun 3 bulan dah siap semua. So sepanjang setahun tu kami pon kumpul la duit utk preparation masuk rumah baru plus KWSP pon boleh dikeluarkan, Dah 8 tahun keje,ok la boleh la gunakan untk buat ape yang patut dan yang berkenan di hati. Saya suka jimat, kalau boleh survey dulu apa yang nak dibeli dan plan. Disebabkan Planning itu, saya sebenanrnye dapat berjimat banyak gak kat cost nak masuk rumah baru ni. so saya listkan benda benda yang saya nak buat untuk masuk rumah baru/kedai baru. Oh lupa plak pasal kedai, since rumahku kedaiku, Satu bilik saya khaskan untuk dijadikan kedai My Little Iman Store, so semua stock dan workstation duduk dalam satu bilik. Best kan... InsyaAllah suatu hari nanti akan bukak kedai My Little Iman Store, tapi buat masa ni tak mampu lagi dan masih sayangkan kerjaya sekarang. My Little Iman Store ni pon business sampingan je bukan besar sangat pon. But saya happy uruskan sendiri sendiri dan minat uruskan benda benda mcm ni. Saya lah tokei sayalah kuli. Impian saya yang lebih besar, adelah suatu hari nanti nak ada Engineering/Risk and Safety Consultation Company sendiri so sekarang tengah kumpul pengalaman dan Compitency... Cewah dah lari topic nampaknye.

Ok untuk masuk rumah baru, ini adelah list yang saya plankan. Ade yang keperluan dan ade yang keinginan.

1. Electrical Wiring (Perlu sebab Developer akan kasi yang basics je)

2. Grill (Kene pasang la dah duduk Malaysia ni Grill adelah wajib)

3. Plaster Ceiling (Ni perlu kalau kita nak pasang downlight) + Cosnish supaya nampak la cantik sikit

3. Kitchen Cabinet (Now its keperluan sebab dah pernah duduk rumah guna Gerobok biase, cukup 4 tahun kene ganti baru sebab tak tahan kayunye). Here kami buat Wet Kitchen and dry kitchen.

4. Lampu dan Kipas (Since husband ku org Electrical dia memang obses benda benda ni, so dia decide this time nak pakai All LED) Kipas pulak beli kipas biase je janji cantik dan berkualiti.

5. Master Bedroom Wardrobe. Ini pon keperlun jugak sebab the only almari yang kami ade ade lah almari set bilik mase kawin dulu. Kecik dan tak muat. Last sekali baju semua gantung kat tempat gantung terbuka. Oh sangat tidak cantik.

6. Cat Rumah (Perlu)

7. Wallpaper (Keinginan)

8. Langsir + Railing (Perlu)

9. Timber / Laminate Floor (sesuai utk yang  ade anak kecik) dan cantik jugak rumah

10. Auning untuk Balcony dan jugak tepi rumah untuk elak tempias

11. Rumput untuk rumah corner (kalau ade bajet boleh buat landscape). But im so not into this, mungkin tak berapa minat, saya siram pokok je pon belum tentu pokok hidup inikan pulak tanam ahahaha. So this is totally up to my husband.

12. Alarm and Autogate (Autogate dah ade) sebenarnye autogate ni selain utk org malas nak bukak pintu, ia jugak untuk safety sebenarnye. Terutama bila kita drive sesorang dengan anak anak.

13. Small renovation dekat wet kitchen sebab si developer ni buat wet kitchen terbuka. Seram pulak kalau kene memasak malam malam kat luar rumah. So kene la naik batu sikit.

So semua ini la plan saya untuk masuk rumah baru. Plan ni bibuat awal mase baru beli rumah tahun 2014. So ade je barang yang dah dibeli awal dan dapat jimat sebab pre-oder dan before GST implementation.

So rumahnye. Dah siap pon, tengah tunggu kunci nak masuk. Kami antara pelawat tegar la kawasan ni.. hahaha hari hari melawat kawasan. Sampai boleh kenal la cina cina renovation sini.

Sampai disini saje.. Sekadar berkongsi cerita dengan pembaca semua. Mana tau boleh jadi reference utk yg nak masuk rumah baru. Nanti ade masa saya tunjuk gambar gambar yang trasformasi yang saya dah buat. Seriously kene plan sebab banyak boleh jimat...Bye Bye

My Little Iman Store

Update Blog (5 Bulan Menghilang)

Assalamualaikum semua

Dah lama rase nye tak update di Blog MyLittleIman Store. Business sebenarnye berjalan macam biasa cuma kebanyakan melalui Website www.Mylittleiman.my atau facebook mylittleimanstore atau instagram mylittleiman store. Yang saya selalu update adelah melalui social media account sebab senang, guna handphone je. Sambil menyusukan anak pon boleh Update.

Kehilangan saya bukan sebab ape, Alhamdulilah saya dah selamat melahirkan anak ke 2 pada 29/6/2015. Nama diberi Muhammad Ilham hehehe. Saya besalin di Hospital KPJ Ampang Putri KL. Sama tempat dan sama Dr masa lahirkan Iman dulu. Lepas besalin saya sibuk berpantang plus berpantang masa raya hehehe memang terlebih busy. Masa pantang sibuk menyesuaikan diri dengan baby dan Iman, focus breastfeeding lagi... memang penat dan tak cukup tido. Habiz je pantang saya sibok pindah rumah pastu sibuk mengemas pulak sebelum maternity leave habis. Sekarang dah sebulan dok rumah baru dan dah sebulan start balik kerja, now tgh menyesuaikan diri dengan keadaan. Alhamdulilah makin better dari segi pengurusan masa. Dulu saya buat business sebab banyak sangat masa lapang, sekarang masa pulak tak cukup sebab Iman dah makin besar, perlukan perhatian lebih, then ada baby yang memang dependent dengan kita, pastu keje plak makin berlambak. 

Walau apa pon saya rasa bersyukur tengan apa yang ada sekarang. Penat tapi berbaloi. Insya Allah akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Akan Update lagi lepas ni. Saya ade tulis pasal persediaan saya nak masuk rumah, tulisnye dah lama tapi tak upload upload lagi, Gambarnye ntah mana hehehe.

Bye

My Little Iman Store
012-2278545

Wednesday 5 August 2015

Pencarian Wallpaper Rumah Baru di Korea Wallpaper

Salam Semua

Harini saya nak share, pencarian Wallpaper rumah baru kami Impiana Bayu. Rumahnye belom siap lagi, Wallpaper dah beli ahahaha. Punya la eksited nak masuk rumah baru. Setahun awal dah beli Wallpapernye.Ceritanye begini, mase rumah lama dulu, saya terining nak pasang wallpaper. Tapi mase tu Pasang wallpaper mahal ok. Satu roll tu untuk dinding size 10ft x 13 ft is RM500 termasuk installation. So telah melupakan niat itu masa rumah pertamaku. Untuk rumah kedua ni dah nekad nak pasang wallpaper.

Mula mula saya dok survey kat Area Kluang ni, hmm semua mahal, so memulakan aktiviti mengugel konon nk pasang sendiri. Pastu rezeki saya la terbaca pasal KOREA Wallpaper. Korea wallpaper ni adelah company yang jual dan ada service pasang wallpaper je. Galeri dia ade di KL (Puchong), JB (Taman Molek) dan mana ntah, ade 3 Cawangan , satu lagi saya tak ingat. and masa tu dia punya promotion FREE Wallpaper. Gile ke? Free? Free means tak payah bayar ape ape.. memang tak logic kan.. so dah tau tak logic..call la KOREA wallpaper tu nak tanye ape yang FREE sangat tu. Bila dah bercakap dengan adik customer service yang agak baik tu, nama dier Farah, baru la saya faham, Wallpaper free kalau kita suruh dia buat installation. Installation fees dier RM150 untuk satu roll. Kalau x nak install, nak pasang sendiri, satu roll tu dia kira half price je, RM75. So kalau ambil yang RM75 tu kene pasang sendiri dan kene beli gam dan peralatan pemasangan sendiri.




Memikirkan anak dah nak masuk dua ni kan, Mane la ade masa nak pasang sendiri, so saya decided utk upah je orang pasang. So saya pon beli la mase tengah promotion ni. Ask my husband untuk ambik measurement dinding yang nak letak wallpaper, then kami kira sendiri berapa banyak roll kene beli. Untuk rumah ni kami perlukan 10 Roll wall paper. Oleh disebabkan rumah kami di luar kawasan, diorang ade charge kos pengangkutan sekali trip. So total i spend for Wallpaper je dalam RM1700 macam tu. Mahal ke murah? Murah giler la, saya dah buat kira kira, kalau pasang dgn kedai kedai kat Kluang ni, dah RM5000 dah minimum kene bayar. Pernah tengok promotion kat sini pon RM300 satu roll termasuk installation. Still jimat gak beli dengan korea wallpaper ni.

So ini adelah wallpaper yang saya dan Husband dah pilih utk rumah baru kami.


Untuk Master Bedroom 

Untuk Bilik Anak

Untuk Dining Area

Untuk Hall Bawah

Untuk Hall Atas

And YES pembelian Wallpaper ni saya beli Online jer. Tak pergi galeri pon sebab jauh sangat kat JB sana. Cuma lepas 6 bulan beli, kebetulan saya ke kawasan berdekatan so saya singgah lah Galeri Korea Wallpaper ni untuk tengok Quality dier, and Alhamdulilah sangat berpuas hati dan happy hehehe. Online shopping memang osem.

Cerita Lepas Pasang Wallpaper, next post la


My Little Iman Store