My Little Iman Store

My Little Iman Store

Thursday 19 December 2013

Travelling With Infant

Travelling With Infant

Hello, Entry kali ini berkenaan dengan travelling with Infant. Especially yang bawah satu tahun ;-). Rasenye applicable untuk bercuti dalam dan luar negara. Sememangnya untuk bercuti dengan baby bawah satu tahun ni satu cabaran sebenarnye, dan jugak kita yang dewasan ni kene buang sikap selfish sebab the priority is the Baby.. So sebelum apa apa..planned ke ad hoc vacation ke... tanamkan dalam diri.. FIRST PRIORITY adalah ANAK. Means kalau mase nak pergi tu anak tak demam ke, tak sihat ke ape ke.. memang la akan cancel trip tu.. (itu kalau saya lah kan).. FYI saya pernah dah beli ticket ke Brunei to visit my sister, esok nak fly and my sister called cakap anak dier chiken pox.. the first thing yg saya buat adalah cancel the vacation sebab tak nak ambil risiko anak at 6 month menjangkit.. (cuti dah ambil 5 hari tuuuu). So as parents, we need to do the right thing for them, jangan main serbu je, kesian anak.

So, the challenge start bila i decided to bercuti ke Japan with Husband and my baby at Mid Autum-Winter Season. So here are the tips

1. Before beli ticket tu, survey survey la weather forcast kat sana. Tujuannye supaya kalau sejuk kita boleh sediakan pakaian yang sesuai utk baby kita. Kene pakai 2 layer ke 3 layer ke.. long john needed ke. So by that time you dah tau your baby clothing masa kat sana.

3 Layers Baju Ok.. Temp ~15 to 3 Degree C

2. Masa nak purchase ticket tu. Kalau naik Air Asia kalau mampu beli la Hot Seat (Yang ada Bassinet). Sebab sangat convinient untuk anak tido expecially untuk flight more than 6 hours. And also boleh la tegak tegak kan kaki. Sangat selesa dan kurang penat.

Dah puas BF (Ngempeng) tido...

3. Sebelum travel, PASTIKAN bawa anak jumpa Doctor dulu untuk dapatkan nasihat nasihat jika ada medical emergency. Pastu for certain country kene ambik vacination. Also kene la ambil ubat for back up. Pastikan (For baby- Ubat demam cecair/masuk bontot) thermometer dan ubat ubat lain dibawa bersama (dengan nasihat doctor).

Ubat Ubatan Untuk Anak + Mama Abahnye sekali 

4. Pastikan anda dah ade plan untuk makanan anak anda. Mcm saya, saya ada buat bubur ayam, pastu frozenkan, nak masuk dalam bag saya gunakan My Breastmilk Storage Bag (ada ice pack tu) untuk kekalkan kesejukan sebelum sampai ke hotel. Also i prepare makanan untuk anak supaya dier tak berlapar sepanjang jalan. (kita org dewasa boleh makan ape aje). Selain tu roti dan cookies juga boleh digunapakai.

Iman menikmati bubur dan air kosongnye..

5. Pastikan anda membawa Stroller/Carrier bersama jika ingin berjalan dan bervacation dengan aman dan gumbira hehehe.. Sebab budak bawah setahun ni selalunya ada nap time..anytime dier boleh nak tido.





6. Last sekali, bawa lah light stroller/carrier. Sangatlah memudahkan dan boleh bercuti dengan gumbira.







Kalau berminat, My Little Iman Store menyediakan perkhidmatan rental babyzen yoyo and ergobaby carrier. Untuk details boleh hubungi kami. 

012-2278545


























Monday 2 December 2013

BabyZen YoYo Stroller!!

BabyZen YoYo Stroller!!

Hi Entry Kali Ini adalah berkenaan BabyZen YoYo Stroller and Guess what.. its now available in My Little Iman Store.. For Sale and Rental.. YES available for Rental. But limited units. Kalau nak kene la advance booking :-)

OK the reason kami memperkenal kan Rental Stroller Project ni adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan My Little Iman Store untuk merasa menggunakan Stroller BabyZen YoYo yang memang menjadi idaman ibu bapa yang suka sangat berjalan (travel) tanpa menghabiskan wang yang banyak. Pastu mane la tau dah jatuh hati dgn stroller ni.. boleh la terus membelinya.

Bayar...Guna...Pulang...Itu saja. Tapi harap barang yang dipinjam tu digunakan baik baik la ye sebab kalau rosak teruk maka deposit terpaksa dihanguskan atau gantirugi akan ditanggung oleh peminjam. Rosak tu as in PATAH, KOYAK, PARTS TERCABUT, FAULTY (Tiba Tiba tak boleh FOLD) dan sebagainya.

Now Boleh cuci mata dulu


* Red Out Of Stock


Boleh Bawak naik Plane * Masuk Cabin Ok!


BabyZen YoYo 

Stock yang dah sampai dan dah guna :-)


Testing


Received this from customer


It comes with Bag and Raincover :-)



Screenshot Dari Customer *Happy dan Berpuas Hati dengan BaByZen YoYo


My Little Iman Store
012 2278545








Tuesday 29 October 2013

BREAST PUMP

Entri kali ini berkenaan dengan Breast Pump. Untuk yang mengikuti My Little Iman Store di Facebook, sudah tentu anda tahu yang kami ada menjual pelbagai jenis product yang berkaitan dengan Baby :-). Tapi kat blog ni tak berapa banyak barang.. Sebenarnye saya dalam process untuk mengemabangkan blog ini. Baru ada masa nak menulis dan upload gambar.. Tu pon bila malam anak dah tidur. Siang kerja.. Weekend Family time.. so faham faham je lah.. anyway nasib baik skarang ada smart phone.. so i can monitor my business tanpa perlu bukak computer dan sambil sambil susukan anak :-)

Saya adalah ibu yang menyusukan anak dan berkerja di siang hari. Maka saya tentu tentu lah salah seorang pengguna Breast Pump :-) dan saya memilih Medela. Dan di kesempatan ini saya juga menjual beberapa jenis Breast Pump. Medela and Philips Avent. dan tidak lupa Bumble Bee Storage Bottle.

Sebagai seorang ibu yang berkerjaya :-) kadang kadang kene travelling, kene pergi training, seminar, outstation etc. Breast Pump adalah alat yang paling berjasa untuk kita dan anak kita. Walaupon berkerja kita masih dapat memberikan yang terbaik untuk anak kita. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi bawah 6 bulan dan digalakkan untuk menyusukan anak hingga 2 tahun. Juga, Breast Pump membantu kita untuk maintankan production susu (details kita cerita kat entri lain la ye).

Oleh itu saya ingin kongsikan pengalaman menggunakan Breast Pump yang banyak berjasa pada saya dan My Iman.. Medela Free Style


Pump Ketika Driving (Jalan Jem) Medela Freestyle ada handsfree but jangan lupa pakai nursing cover... kalau tak oooppss free show kat highway


Medela Frestyle Double Pumping.. So sangat menjimatkan masa. Yer la berkerja selalu tak banyak masa nak spend utk Pump. Oleh itu pump ini sangat membantu. 10 minit boleh pump dua dua belah sekali


Hasilnye :-) Mase ni hasil dua kali pump masa saya baru habis pantang.


MedelaHarmony (Manual Pump)

RM185


Medela Freestyle 

RM1450

Oleh itu saya ingin anda turut merasa bertuah seperti saya dengan adanya Breast Pump ini kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan juga keluar berkerja demi kerjaya. Sekarang Medela Breast Pump boleh didapati di My Little Iman Store.

Juga

Bumble Bee Storage Bottle


RM 30 Satu Kotak (10 Biji Botol)


Stock Kami


Stock Kami


Stock Kami

Moga Entri kali ini dapat memberikan keterangan sedikit sebanyak mengenai Breast Pump yang ada di My Little Iman Store...OK Bye

My Little Iman Store
012 2278545

Monday 28 October 2013

RM 25 !

Hi All...
My Little Iman Store Memperkenalkan Barang Barang RM25 



Yang special kat sini... jika anda beli 4 jenis barang dapat free satu...

Buy 4 Free 1 and Free postage.. Kalau Sabah Sarawak ada Charge sikit 😊..

RM25 items

BOLEH MIXED !

1. Skip Hoop Pyjamas
2. Skip Hoop Neck Pillow
3. Carters Soft toys (Musical Toys)
4. Baby car seat neck support
5. Softbook (Fisher Price)

Stock Masih ada banyak.. berminat boleh pm saya or whatsapp 012 2278545








Bye Semua :-)

Monday 21 October 2013

Review Mengenai Stroller Quinny Zapp Xtra Folding Seat

Hi Semua..

Untuk entri kali ini saya nak kasi sedikit review tentang Stroller Quinny Zapp Xtra Folding yang sangatlah famous dan laku mcm goreng pisang panas kebelakangan ni... Entri ini jugak boleh juga menjawab FAQ tentang stroller ni..Slalu customer tanya.. Apa beza denan Quinny Zapp Xtra biasa?.. kenape ade 4 roda and ade yang 3 roda? kenape orang cakap yang 4 roda ni x met safety standard? dan yang paling famous.. kenapa stroller ni mahal giler.. (consider mahal la kan ribu riban).. hehehe sebenarnya semua terpulang pada kemahuan si pembeli.. kadang kadang benda mahal ke murah ke kalau pembeli itu berpuas hati.. maka berbaloi lah pembelian itu, kalau murah dan berpuas hati... lagi la berbaloi kan? so tepuk dada tanya selera... macam saya saya suka stroller ni sebab dot dot dot.. sila baca entri dibawah :-)

1. Perbezaan Quinny Zapp Xtra Folding dan Quinny Zapp Xtra Biasa.

Ok.. Beza folding seat ni dengan biasa.. simple je.. folding seat is seatnye boleh lipat sekali masa kita lipat stroller frame.. kalau Zapp Xtra biasa kene asing kan seat stroller tu and lipat frame sahaja. Boleh refer to gamba no 1a is folding seat and 1b zapp xtra biasa..


1a. Quinny Zapp Xtra Folding


1b. Quinny Zapp Xtra Biasa


Bila Bukak Dua Dua nampak sama beza roda je ( isu roda akan di explain mudian)

ok now you can really see the difference kan.. sebenarnye dua dua ok.. it just kalau zapp xtra biasa ni nak bawak travel agak leceh sikit la sebab dier dua piece.. tapi utk yang folding seat memang terbaiklah.. jimat ruang.. senang bawak.. dan senang nak handle.. gambar bawah menunjukan betapa jimat ruang nye zapp folding ini.. jugak... muat dalam boot kereta myvi..viva dan swift :-)


2) Keistimewaan Quinny Zapp Xtra Folding and Biasa

Stroller ni boleh buat banyak position..hmm total 5 position. Facing Parents..2 Bposition (Baring dan Sandar). Facing Crowd (Baring, Sandar dan Duduk). Selalunya utuk baby bawah 6 bulan, baby lebih selesa facing mama dier...dan makin besar dier akan suka facing crowd sebab banyak benda nak tengok... Position anda boleh tengok kat bawah ni...


Position Quinny Zapp Xtra Biasa dan Folding


Baby Facing Mama


Baby Facing Depan

Maka dengan ini anak anda akan selesa..bila ngantuk boleh reclinekan position tidur.. bila bangun boleh dudukan.. mama enjoy.. baby happy...

3) Beza 3 Roda dan 4 Roda

Ok yang sebenarnye.. Quinny Zapp Xtra Biasa ni Di import dari UK. Dekat UK setiap barang kene lepas safety standard yang ditetapkan (kalau biasa dengan dipanggil British Standard).. so kat uk dah tetapkan..quinny keluaran UK 3 roda are safe.. and quinny UK mase tu belom lagi keluarkan yang folding seat.

Kat US pulak (again as we know.. they also have american standard) setiap barang kat us jugak kene lepas safety standard yang ditetapkan.. tapi kat US.. mereka hanya benarkan stroller 4 roda sahaja.. Oleh itu Quinny Zapp Xtra di US semua 4 roda.. tak kira yang seat boleh fold ke seat tak boleh fold... semua 4 roda..

Oleh itu.. Jawapan sesetengah pihak yg kata quinny zapp xtra folding ni 'Tak Lepas Safety Standard' sebenarnye salah.. Ye la next time kalau nak compare kene la compare Apple to Apple.. Jangan Compare apple dgn durian.. memang la sampai sudah x akan met safety standardnye... makanya.. mungkin sebab banyak permintaan untuk yang folding ni...Quinny UK pon launched Quinny Zapp Xtra 2.0 a.k.a Quinny Zapp Xtra Folding yang sama mcm US tapi 3 roda....haish penat nih nak explain..


Tadaaaa.... Ni la Quinny Zapp Xtra 2.0 Katanya.. (Untuk gambar yg real boleh tengok kat fb My Little Iman Store)

Ok..Mine.. i guna yang 4 roda.. means dari US.. sebab dah beli awal awal kan.. and i love this stroller.. sangat membantu.. senang nak handle..even dengan anak seorang diri.. hehehe and stroller ni solid.. insyaallah boleh tahan lama..


Travel/Storage Bag Pon ada.. hehehe but please dont ask this for free :-) Dijual berasingan..

And Last.. Kenapa Stroller ni mahal... :-(

Quinny memang well known brand.. and the brand comes with quality..see and test to believe.. lepas tu barang ni barangan imported.. dari UK dan dari US.. rasenye sebab tu la tak dapat murah sangat.. curency conversion.. forwarding cost.. tax lagi..tapi sememangnya kami penjual cuba memberikan anda harga menarik untuk mampu milik.. dan ini adalah offer terbaik yang boleh kami beri...

Owh.. sebelum terlupa... stroller ni boleh jugak di attached kan dengan maxi cosi cabriofix/mico carseat :-)


Untuk Pertanyaan Lanjut Tentang Stroller Boleh Hubungi

0122278545
MY LITTLE IMAN STORE

Harap Entri Kali Ini dapat memberikan anda Info yang mudah difahami :-) .. lama tau nak prepare ni... 3 hari... believe me hehehe

Assalamualaikum Semua.. Bye


Thursday 17 October 2013

DISNEY & FISHER PRICE RIDE

DISNEY & FISHER PRICE RIDE

MICKEY MOUSE 

THOMAS

BATMAN

RM180




CALL/SMS/WHATSAPP 
0122278545
MY LITTLE IMAN STORE

FISHER PRICE PLAYPEN 2013

RM 120



CALL/SMS/WHATSAPP 
0122278545
MY LITTLE IMAN STORE