My Little Iman Store

My Little Iman Store

Tuesday 11 November 2014

Aktivity Membungkus Courier , COD dan KUTU

Hi All

Stock baru banyak sampai and saya pon tak berapa sihat kebelakangan ini. So terpakse la suami membantu menguruskan barang barang ni.Tapi dia pon busy. Kepada yang dah terima barang selamat ber yoyo, ber quinny dan ber maxi cosi. Hopefully semuanya happy.

Sedikit Info, Untuk pengahtaran barang sayang menggunakan Skynet dan Nationwide Express but untuk penghantaran ke luar negara eg Indonesia, Thailand and Brunei saya gunakan DHL (agak mahal tapi selamat). Selalunya dalam Semenanjung Malaysia saya akan gunakan Skynet. Untuk Sabah and Sarawak saya pakai Nationwide express. Kenapa? sebab dua courier service ini memudah kan saya dari segala segi. Saya kurang menggunakan khidmat Pos laju sebab di Kluang ni khidmat pos laju tak mesra pelanggan dan leceh nak kene balut balut. So tidak memberi benefit pada saya,

Diam Tak diam dah 4 kumpulan kutu berjalan dengan jayanya di My Little Iman Store. So far payment semua ok tip top. Saya Happy Customer pon Happy

Group 1

1. Puan Fatimah - BabyZen YoYo
2. Puan Hani - Babyzen YoYo
3. Mrs Andre - Quinny Zapp Xtra 2
4. Puan Nadia- Quinny Zapp Xtra 2
5. Puan Rafidah- Quinny Zapp Xtra 2
6. Puan Harideka- Quinny Zapp Xtra 2

Group 2

1. Puan Fazida - Quinny Zapp Xtra 2
2. Puan Jazaria - Quinny Zapp Xtra 2
3. Puan Nurul Aina - Quinny Zapp Xtra 2
4. Puan Shuzana - Quinny Zapp Xtra 2
5. Puan Intan - Quinny Zapp Xtra 2
6. Puan Zura - Babyzen YoYo

Group 3 

1. Puan Ekin - Babyzen Yoyo & Medela Freestyle
2. Puan Nuraisya - Medela Freestyle
3. Puan Ikin - Babyzen YoYo
4. Puan Siti Khadijah - Babyzen YoYo
5. Puan Fatimah - Medela Freestyle
6. Puan Liyana - Babyzen YoYo

Group 4

1. Puan Fatimah - BabyZen YoYo
2. Puan Intan - Quinny
3. Puan Aina - Babyzen YoYo
4. Puan Izlila - Babyzen YoYo
5. Puan Husna - Babyzen YoYo
6. Puan Masyita - Babyzen YoYo









#ade yang cadangkan saya bukak kedai. Hmm masih berfikir dan berkira kira

My Little Iman Store
0122278545

Tuesday 4 November 2014

Stock Clarence November 2014

Hi All

MyLittleImanStore akan bercuti pada Bulan December ini. So kami nak buat clearence stock untuk beberapa barang. Kedai akan mula dibuka Pada January 2015

Barang Clearence

1. Babyzen YoYo 6+ Black Frame Black Seat Pad 

2. Quinny Zapp Xtra 2 Red Rumor

3. Quinny Zapp Xtra 2 Blue Denim (Limited Edition)

4. Maxi Cosi Opal Resberry Red

5. Recaro Easylife (Red)

Berminat Boleh Hubingi kami sebelum kami bercuti :-)

My Little Iman Store
012 2278545

Wednesday 8 October 2014

Ready Stock BabyZen YoYo 2014

Hi All

Good News!

Kepada sesiapa yang berminat or urgently cari Baby Zen YoYo

I have this in My Stock





        • BabyZen YoYo Pink 6+ (White/Black Frame) RM1550
        • BabyZen YoYo Blue 6+ (White/Black Frame) RM1550
        • BabyZen YoYo Red 6+ (White/Black Frame) RM1550
        • BabyZen YoYo Black 6+ (White/Black Frame) RM1550
        • BabyZen YoYo Grey 6+ (White/Black Frame) RM1550

Untuk Semua 6+ Seat ni, anda boleh mix and matchkan dgn apa apa warna pilihan anda untuk newborn seat - Harga ? - RM600

In Stock Means, dah ready nak deliver je. Once payment clear saya akan courierkan via Skynet mcm biasa or Poslaju ke Sabah & Sarawak.

Untuk Penghantaran ke Sabah & Sarawak RM70 Charge Penghantara dikenakan. Within Semenanjung Malaysia Free.

COD hanya di Kluang Sahaja. Harga ? Sama Je. Walaupon anda datang sampai depan rumah saya, Sebab? Masa itu lebih Mahal dari Courier Cost. Heheheh..

Ok Kalau berminat Mcm Biasa Call Je or Whatsapp
This is based on First Come First Serve.

Next Shipment : Tentatively End November (Boleh Book dgn deposit Serendah RM50)

My Little Iman Store
012 2278585

Okiedog Viva Sassy Diaper Bag

Hi All

Okiedog ViVa Sassy Diaperbag dah sampai... Ho Yeahhhh... Sebenarnye bag ni patutnye dah sampai bulan lepas, tapi tak tahu dimana silapnye supplier saya ni, bag ni sampai lambat. Pening gak nak menjawab dengan customer. Tapi customer semua baik baik dan memahami orangnye. Alhamdulilah

Meh sini says review sikit tenting diaper bag ni. Okiedog ni sebenarnye dah lama dah mengeuarkan pelbagai diaper bag yang comel comel. Tapi mungkin hargenya agak boleh tahan tingginye (Mostly RM200++ to RM400++), parents fikir dua tiga kali gak la nak beli.




TAPI!!!!

Tapi, bila saya guna Okiedog diaper bag ni, huh memang terrrrr baek.. Material dier sangat berkuality, kalis air / hujan, design sangat stylo dan yang penting, multifunction.

Okiedog bag ni dilengkapi dengan beberapa accessories. antaranya

1. Stroller accessories (clip untuk sangkut bag di stroller)
2. Bottle Warmer
3. Changing Mat
4. Additional Small Bag (Boleh masukan Baju kotor baby)

Watch Okiedog Video 



Overall, diaperbag yang sangat baik untuk penggunaan jangka panjang dan tidak mudah kotor. Oleh itu, BERITA BAIK Okiedog ViVa Sassy Diaper bag tengah on promotion, tapi satu design ni je.

Normal Retail Price : RM289
Promo Price : RM99

Gambar dibawah untuk menunjukan size diaperbag tu (for me ok la, tak besar sangat, tak kecil sangat)


First Time Jadi Model

Baru Nak Berangan Model Iman dah Serangggg

Okiedog Bag Postage : Muat Flyer A

Ok pada yang berminat boleh SMS/ Whatsapp saya. Limited Time. While Stock Last.

My Little Iman Store

012 2278545








Tuesday 7 October 2014

Bokitta Elhoney & Ms Rampai Store

Hi All

Hari ini Riz nak share sikit tentang dua Online Store Favourite Riz untuk membeli shawl and Women's Wear



1. Bokitta Elhoney (Instagram)

2. Ms Rampai Store (Facebook)

Salah satu store ni adelah kepunyaan housemate saye mase di Uni dulu :-) so memang sangat percaya la beli dari kawan sendiri. Satu lagi store ni, customer saya punya. Senang zaman sekarang ni, semua org pon berniaga online.

Bokitta Elhoney ni menjual shawl Bokitta (yang tudung lilit lilt tak payah guna pin tu). Riz sebenarnye x berapa pandai pakai tudung lilit lilit ni, tapi sesekali teringin jugak nak ber hijapsterssss. Lepas berkenalan dengan owner Bokitta Elhoney ni, dia pon promote la shawl dier. Saya test satu, TERBUKTI memang senang, sarung aje dah jadi. Cuma mase beli tu, Riz tersalah pilih design, terpilih yang labuh sangat, untuk orang kurus tinggi ok la kot, tapi untuk comel chubby (ayat cover baekk punya) mcm Riz ni kene la ambil yang design pendek sikit. Kerja sama yang diberikan oleh owner sangat la baik dan saya berpuas hati.

Untuk Info lebih lanjut, boleh singgah di Instagram Page Bokitta Elhoney



Ms Rampai Store ni pulak, juga ada menjual shawl, design dier cantik cantik dan harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan. Selain itu ada juga women's wear (Blaus, Pallazo, Formal Attire and more to come) Info pasal details eg size and measurement juga ada disediakan untuk senang customer agak agak size ape nak beli. Kerjasama yang diberikan oleh owner jugak sangat lah baik dan profesional. Untuk yang nak membeli di Ms Rampai Store ni jaminan service terbaik dijamin oleh Riz hehehe 

Untuk Info lebih lanjut, boleh singgah di Facebook Page Ms Rampai Store


To all customer jom membeli belah di Online Store and to both owner, Good Luck, Semoga terus maju bersama sama

Bye Bye

Riz
My Little Iman Store

Saturday 4 October 2014

Shopping Di Kenanga Mall KL

Hi All

Harini Riz nak cerita pengalaman ke Kenanga Whosale (KWC) or Saya panggil Kenanga Mall je. Trip ke KWC ni bersama kawan kawan Office. Semuanya mak mak yang berkerjaya dan sentiasa busy dengan anak anak. Idea ni tercetus masa saya dan sorang kawan borak borak pasal 'bila kali terakhir kita keluar shopping/have fun dengan kawan kawan' Teeeeetttt.. hahaha x boleh nak jawab. Riz sendiri lepas lahirkan Iman tak pernah kot keluar ke mana mana tanpa Iman dan My Husband. So kita pon plan la nak ambik cuti masa hari berkerja untuk pergi shoppinggggggg plus ade urusan sikit... (well riz bukan la jenis shoppaholic, tapi perempuan tetap perempuan)

Gambar Ihsan Dari Gugel : Kenangan Mall terletak di Jalan Hang Tuah di antara Jalan Bukit Bintang dan Jalan Loke Yew

Lepas bincang bincang dan masing masing mendapat kebenaran dari Suami, kita pon pergi mase awal bulan (gaji masyukkk). Sambil shopping sambil beli baju untuk nak pergi Company Annual Dinner November nanti. Since riz yang sangat mahir jalan KL, so Riz la yang drive. Riz sebanarnye dah berpuluh puluh kali ke KWC ni sebab some of my supplier ade kat sini. Tapi setiap kali datang busy dengan business deal, bawak Iman, sometimes bawak Mak cari barang, tak pernah pon jalan jalan sepenuhnye untuk cari barang sendiri.

Kami berkumpul seawal jam 7.30 pagi, lepas hantar Iman, ambil kawan kawan, kami pon terus memecut ke KL. Sampai KWC jam 10.30 pagi, KWC pon dah bukak. Kitorang decide nak start dari bawah ke atas round habis habisan.

G Floor
Floor Ni penuh dengan Womens Wear, dari tudung, dress, blaus and jubah semua ada. Cantik cantik semuanye, harga pon murah murah compare to Kluang and JB. Tips nak membeli kat sini, kena beli secara whosale, means kene beli lebih dari satu, ade kedai tawarkan beli 6 helai boleh campur campur, ada yang 3 helai dan ade gak yang tawarkan beli 12 helai baju yang sama. Kene tengok tengok kedai. tapi yang nyata memang lebih murah dari beli satu. Lagi borong lagi murah.

Macam Dress yang Riz beli ni. Kedai ni tawarkan beli satu RM59. Tapi kalau beli 6 pasang dress (boleh campur campur) sepasang jadi RM29. Jauh giler hargenye, kalau kat Kluang dress macam ni dalam RM79. Boleh la beli untuk pergi wedding ke, open house ke. Harga memang perpatutan. Since kami berlima, ok la sorang ambil sepasang, cuma yang tak best beli whosale ni tak boleh try. Ukur boleh, pakai x boleh. So agak agak la. Riz beli sepasang, tapi bila balik try, rase sedap plak and husband pon suka, menyesal beli satu hehehehe







1st and 2nd Floor
Floor ni pon sama jugak penuh dengan womens wear, tapi floor ni ade la jugak jual baju kanak kanak / baby.  Hah seperti biasa, baju Iman la mamanye carikan. Tapi baju budak perempuan semua cantik cantik, geram tengok, baju frozen punyalah banyak... Jalan punya jalan sempat la jugak belikan 5 helai t-shirt Iman dan 5 helai seluar. Kain dier sedap, sebelum beli saya dah rase dah material baju, lagipon sebelum ni pernah belikan untuk Iman, sehelai T-shirt jatuh RM25 (Mesti beli minimum 3). Kalau beli satu, sehelai RM45. So Riz pon borong la.


Barang Barang My Iman :-) 

Total Barang Iman = RM150

T-Shirt : 3 x 25 = RM75
Seluar Carters (24 month) : 1 x 45 = RM45 (Ade 5 helai sepeket)
Hoodie T-Shirt : 2 x 15 = RM30




Makan (Lunch)
Di KWC ni ade food court, tapi food court dier x halal, tapi kalau nak makan boleh la ke Tingkat 2, ada satu kedai jual nasi campur, sedap la cuma harga nye boleh tahan. Dah penat berjalan kami rehat la kejap sambil makan. lepastu sambung balik round sampai tingkat 5. letih giler, naik untut kaki ni.

Barang Barang yang saya beli

1. Dress RM29
2. Long Blaus + Pallazo RM90
3. Clutch RM 18 (Clutch ni kat Bonita RM79)
4. Wristlet Coach Imitation RM15
5. Leather Bracelet Watch RM10

Berjalan sakan seharian, Jam 4.30 kami pon bergerak tinggalkan KWC. Nak balik, jalan boleh tahan la, mcm dah nak mula Jem, tapi kami survive. Berhenti kejap kat Seremban untuk makan dan solat pastu terus balik ke Kluang. Sampai Kluang jam 8 malam.

Overall nampak semua happy, dapat cari barang  yang dihajati dan yang penting memang berbaloi hargenye. Kalau awak awak semua berhajat nak ke KWC, pergilah secara berkumpulan, dapat la tawaran harga yang murah tapi berbaloi dengan qualitynya.

My Little Iman Store

012 2278545


Sunday 28 September 2014

JJ Cole Collection

Hi All

We have JJ Cole Collections in Store

Ready Stock

RM89

* This Body Support Fit In Babyzen YoYo & Quinny Zapp Xtra 2





My Little Iman Store
012 2278545

Monday 22 September 2014

Percutian Keluarga Che Yah ke Selatan Malaysia & Singapura

Hi All

Harini nak kongsi cerita Percutian HAVOC anak cucu Tok Manap ke Johor dan Singapura. Asalnye program percutian ni yang dirancang adalah untuk ke UK. Tapi lepas kira kira bajet nak bawak segerombolan ini.. memang HAZAB.. Meletops bajet, So jalan jalan dalam Malaysia je la. Singapore pon kira Oversea gak kan hehehe. Percutian ini jugak dipilih untuk ke Johor sebab Adik Bongsu dah merajuk sakan sebab si Along tu tak penah nak dtg rumah adik dier, Angah pernah gak datang beberapa kali dan Along ade urusan lain di Singapura. huh Alasan la tuh..

Percutian ni berlangsung selama 3 hari berturut turut, Memang marathon sangat dan menyebabkan kaki naik untut. Lokasi tempat tinggal adalah di Rumahku di Kluang. Lokasi percutian
1. Nusajaya (Little Big Club)
2. Legoland
3. Universal Studio Singapore

Tukang Prepare Itinerary : Mestilah Saye, yang lain ikut je ketua rombongan

Kekeke Sangatlah Skema Badut siap detail Plan bagai. Tapi semua beljaran seperti yang dirancang


Day 1 Nusajaya - Little Big Club

Kalau ikut plan, kitorang patut bertolak pagi lepas sarapan. Tapi sebab Along and Family sampai lewat malam tadi, maka lambat la sikit bertolak ke Nusajaya. Pagi Pagi lagi Imran, Jasmine, Ammar dan Rayyan dah Excited nak Jumpa Thomas. Iman belom ade perasaan lagi.. Ikut saja lah.

Tiket Little Big Club ni boleh dibeli secara Online di http://www.playtime.com.my/little-big-club
Tapi kalau x beli online, beli di counter pon boleh jugak. Cuma kalau dah plan awal awal baik beli Online sebab x yah nak beratur panjang panjang dan untuk elak kan kekecewaan bila sampai sana ticket habis.

Website LBC

Ticket Price 
Kalau nak ke LBC ni senang je, Di website ade direction siap dengan GPS Coordinate lagi. Thank You Mr GPS. DI LBC ni ade banyak character yang memang kanak kanak suka antaranya Barneys, Angelina the Ballerina, Bob the Builder, Pingu, Thomas and Friends. Banyak Activity yang boleh anak anak buat di LBC ni, Ade ride yang sangat lah tidak extreme dan juga stage show. Iman pon suka tengok show Barneys and Friends. Mak Abah pon nyanyi sama sama.

Apa Ape Pon Selfie dulu
Family Photo dengan Thomas

Kids having Fun

Iman and Abah naik Heli

Ade Train Jugak

Along Family and Bob The Builder - Melopong Yayan dpt tengok Bob Live

Stage Show

Pingu

Iman in YoYo & Rayyan in Quinny 

Blanje Sikit Selfie
Overall, Activity day One ni memang bestla, nampak budak budak enjoy and sangat happy. Oh yes, kalau tengok dalam gambar ni, Angah Family x de. Sebab diorang tak dapat Join first day activity ni, boleh pulak last minutes ade Company Outing. Total we spend for the ticket ke LBC ni MYR440 

Kitorang kat sana sampai jam 6 ptg, senang citer sampai tutup la tempat tu, lepas tu semua kelaparan sebab dalam tu makan yang ringan ringan je, LCB ni facility die bagus, ade baby room, toilet dier family friendly, ada surau and banyak tempat duduk disediakan untuk nenek nenek / atok atok yang menunggu.

Keluar je dari LBC. Kitorang trus ke Johor Premium Outlet (JPO). Makan kat Food Court dier dan Jalan Jalan sampai Malam. Tapi masa ni anak anak semua dah kepenatan, semua dan Low Bateri, Mak Mak nye aje yang masih segar. Jam 9  malam kami pon bertolak balik ke Kluang. Sampai rumah semua pengsan tido.

Tamatlah cerita hari Pertama. 

Day 2 - Singapura - Universal Studio (USS)

Hari kedua adalah hari yang dinanti nantikan oleh semua orang. Kami ke USS. Pada awalnya mengikut perancangan, keluar rumah jam 9 pagi and tunggu Angah Family kat R&R Simpang Renggam. So jam 9.45 mcm tu kami dah sampai and Angah pon dah sampai, so kami pon gerak la. Tiba Tiba jeng jeng jeng.. Suami kesayanganku membuat satu statement dengan nada yang sangat COOL " Yang Passport U Tak de"
Saya pon bergelak sakan sebab ingat My Anep buat kelakar sebab, tak mungkin kot passport saya tertinggal, sebab malam tadi dah cantik dah masukan dlm passport holder and dlm bag bersama Tiket Tiket Online yang dah di print.
Then dengan nada serious pulak dier kata "Betul You Punya je x de, I dgn Iman punya Ade... I rese tercicir mase i keluarkan dari bag U untuk isi pas merah ni".


Maka berlaku lah bebelan supersonic dari isteri tersayang dan Abg Ramzi dgn senyum sokmo die buat U-Turn untuk patah balik ambik passportku. Nasib masa tu Mak ade kat rumah, call mak, mak kata ade jatuh bawah meja. :-( rase mcm nak menagis je.. Sejam kot nak patah balik.. nasib la.

*Moral of the story, double check la barang barang penting bila nak keluar negara, nasib baik mase dlm Msia lagi terperasan. Bayangkan la kalau kat CIQ baru perasan.. Mau terjun tambak Johor tak dpt terima kenyataan.

So kitorang dah rugi sejam setengah  kat situ, Pastu bila sampai CIQ pulak, jem mcm nak gile. Kesian budak budak, tido bangun tido balik tak sampai sampai. Sampai USS Pukul 1 tengahari. Sebelum Masuk dalam kitorang siap siap makan kat luar dulu (Sempat Tapau KFC mase kat Tuas Tu). Pastu dlm Jam 1.30 kitorang masuk dalam.

Ticket saya beli Online gak di http://www.rwsentosa.com/Homepage/Attractions/UniversalStudiosSingapore






Harga Ticket Pulak kalau Untuk Dewasa Bila convert duit kita lebih kurang MYR195, Kanak Kanak MYR145
Total We spend for the USS ticket haritu lebih kurang MYR2100
Makan Minum Lain cerita.

Dalam ni Banyak Rides yang menarik, paling disukai oleh semua orang adelah Transformer Ride - Abis yang kecik kecik semua suka.


Masuk Masuk je.. Ape Lagi Selfie la Dulu
 
First Ride - Transformer

Madagascar - Ni saya x naik sebab Iman x boleh naik
Jurassic Park
Kids and Pak Anep
Shrek 3D
Minion - Ape Hal la Si Asyraf tu
Pit Stop Kejap Minum SuSu
Selfie Lagi Semantara Tunggu MamaLong Shopping
Gambar Wajib Depan USS - Org Ambik Waktu Siang Kitorang Ambik dah Malam
Sempat Jugak Iman Bergambar dgn Transformer ni - Maaf ye tak tahu ape ke name nye

Overall untuk hari ke 2 ni, nampak mcm kids happy. They enjoy the rides and sefies yang dah mcm retis dah semua.. habis henpon Mak Yang. Seperti biasa, kamilah orang terakhir yang keluar. Nasib baik parking tak berapa jauh, so semua masih mampu berjalan lagi. Masuk je kerata semua Pengsan.
Kami pon terus balik ke Kluang, tak singgah mana mana pon sebab Mak dah masak.

Tamatlah Cerita Hari ke 2

Day 3 - Nusajaya Legoland

Penat USS semalam tak abis lagi, tapi hari ke tiga ni pon antara yang anak anak excited. Bangun pagi segar je semua, banyak dah janji janji manis yang ditabur kat budak budak tu betapa best nye legoland.Kali ni pergi Legoland Mak ikut, semalam ke USS dier tak nak ikut, sakit kaki katenye. Sebenarnye dier dok monitor cucu dier main air. Biase la nenek..

Ticket Legoland ni saya beli online gak at http://www.legoland.com.my



Kitorang beli yang Combo Ticket means bole masuk Wet Park and Dry Park. Ticket for Dewasa MYR150 and Untuk Kanak Kanak MYR120. Total Ticket hari ni MYR1700

Sampai je Legoland, perkara pertama buat mestilah, ambik gamba depan Legoland (Tapi gambar nye ntah kat mane tak jumpa )Tempat ni baru, tak banyak pokok so panas sikit la, but very nice. tak sangkan kat Malaysia ade Legoland Hehehe


Legoland Wet Park
Mula mula semua excited nak masuk dry park. tapi ada pulak org legoland ni cadangkan kitorang masuk wetpark dulu sebab diorang kata kalau hujan wet park diorang tutup.. Giler kau.. budak budak ni dah bawak baju mandi dah.. kalau x mandi abis la mak bapaknye lunyai. So kami pon masuk lah wetpark dulu. Dekat wetpark ni ok la ade locker room so boleh la kite simpan segala barang dalam ni. Tapi biase la kene bayar, satu locker MYR20 kot. Siap je tuka baju semua trus terjun dlm kolam. Dengan Iman Iman sekali eksited. Iman tak takut air ok. Nak jalan sendiri. so kitorang pon biarkan lah Iman explore benda baru. Perhatikan je ape dia nak buat. Seronok nampak main lego semuanya.


Boleh Main Air and Main Lego

Abah and Iman Try First Slide

Sementara Menunggu Kene Curah

Tengok Ni Iman x kasi pegang, Nak jalan sendiri

Nasib ade Bawak Waterproof Camera

Iman and Mama

Dah Main air Kelaparan lah Semua

Iman kepenatan, Boleh Pulak dier tido kejap basah basah tu. Itulah penting nys Stroller
Quinny and Babyzen YoYo ni waterproof

Ade Float yang best, penuh Lego

Nenek Sebagai Life Guard
Legoland banyak attraction. Antaranya ade 3 ke 4 Jenis slide yang nampak mcm best. Semua org naik kecuali saya and Mak sebab jaga kanak kanak ribena ni.


Dikawal oleh Mak Yang
 Yang paling polular kat sini yang Baldi besar curah Air ni. Memang kelakor, semua menunggu je nak kene simbah. Bukan kata kanak kanak je, org tua pon suka.

Dalam Pukul 3 macam tu, kitorang siap siap nak ke dry park jugak, untuk jimatkan masa, sebab takut dry park tutup x sempat nak masuk, kitorang semua ke dry park dengan baju mandi semuanya. Nasib tak ramai orang masa tu, sampai kering la naik roller coaster beberapa round. Perkara yang boleh dibanggakan tak sorang pon cucu tok manap takut naik roller coaster kecuali yg kecik kecik ni la. Memang mewarisi bakat mama dan makcik makciknye. Kitorang adik beradik memang suke naik roller coaster, tapi sape yg dok sebelah siap la.... boleh hilang pendengaran sebab jeritan boleh mencecah 85dB.


Budak Budak ni naik roller coaster 5 round tak nak turun


Lego Lego Yang ade


Nenek dan Menara Maybank

Iman Je yang tuka baju sebab die Poo Poo

Asyraf degna Airport nye - Dah besar nanti boleh jadi Pilot

Ammar Luqman

Adik dengan kak Jasmine

Dry Park ni best jugak la, tapi mungkin sebab masa singkat, tak dapat nak pusing semua attraction. Tp budak budak memang suka yang driving class tu.






Seperti biase kamilah orang terakhir yang keluar dari drypark tu, pastu yang kelakor, nak masuk balik wet park, diorang dah tutup, siap dah alih bag bag kitorang dari locker tu. Adeh terpakse la tuka baju kat tndas biase. Siap siap semua, naik kereta kita pon pergi la makan seafood kat Senibong. Habis makan trus balik Kluang. 




Tamat lah cerita hari ketiga

Itulah cerita percutian kami sekeluarga,penat memang penat tapi enjoy. Yang penting kerjasama sekeluarga. Komunikasi kene jelas, bajet kene plan dan bincang, activity kene plan dan mesti lah beri commitment. Barulah best. Saya x suka meredah tanpa pakai helmet, sebab tu lah saya risk and safety engineer.hahaha

Owh Yes Minggu tu jugak Birthday Imran so kitorang Celebrate la kecil kecilan. Makan Steamboat and Potong Cake. Paling tak boleh blah Imran happy giler sebab makan steamboat dpt makan MEGI. Adeh..


Inilah Cucu Cucu Atok Manap and Nenek Samsiah
Happy Birthday Imran

Riz
My Little Iman Store