My Little Iman Store

My Little Iman Store

Thursday 10 April 2014

Info pasal Medela Freestyle With Lactaequip Warranty and Medela Freestyle with Local Warranty (Medela Murah sikit Vs Medela Mahal sikit)

Hi All

Dah lama sebenarnye nak tulis pasal topic ini and sebab ramai gak customer bertanya. Tapi apakan daya, terlalu busy nak menulis di blog hehehe. Tapi hari ini berkesempatan sikit sebab cuti anak demam, and now dier tengah tidur, so mama iman boleh la rehat jap sambil update blog sikit.

Ok kalau kawan kawan semua perasan dulu saya ada menjual Medela Freestyle Direct Import (Medela Murah Sikit) which is harga nya around RM1400-RM1500... Tapi sekarang saya menjual Medela Freestyle by Lactaequip (Medela Mahal Sikit) harga around RM1888-RM1999.

Persoalan nya !

1. Kenapa ada dua jenis Medela Freestyle (Medela Murah Sikit Vs Medela Mahal sikit)

2. Apa beza Medela Murah Sikit Vs Medela Mahal sikit

3. Warranty dan Service Macam Mana and Macam mana nak tau warranty ni betul ke tipu.

4. Quality Macam Mana

5. Yang mana patut saya pilih

6. Macam mana dengan Medela yang lain ? (Swing, Swing Maxi, Harmony,etc)

Saya akan menjawab soalan soalan ini satu persatu :-)

Kenapa ada dua jenis Medela Freestyle (Medela Murah Sikit Vs Medela Mahal sikit)

Seperti yang saya cerita diatas ada dua price range Medela Freestyle, jika kawan kawan semua survey surey kat kedai or kedai online. Boleh nampak ada yang menjual murah dan serendah 1300 (tanpa warranty) 1400-1500 (warranty kedai) dan rm1800 ke rm2000 (warranty lactaequip). Ok untuk pengetahuan semua, medela yang ada warranty lactaequip adalah medela yang diedarkan oleh pengedar sah di malaysia (authorized distributor) dimana kalau kita pergi ke mana mana baby expo mereka di ada buka booth. Mereka juga menyediakan service untuk barangan Medela. Means kalau ada kerosakan ke atau ada masalah ke atau nak tuka parts ke. Kat service centre lactaequip ni ada spare parts. Oleh itu mereka yang membeli Medela yang ada Warranty Lactaequip ni akan senang la nak service infuture.So far service mereka tip top.

Ok, Untuk yang menjual Medela murah sikt ni, mereka tak ambil dari authorized distributor kat malaysia (si lactaequip ni la) mereka direct import dari US or UK. Macam mana caranya, saya pon tak pasti. So sebab tu kebanyakan boleh pilih nak beli Pump with Warranty or Without one year warranty. Selalunya org jual yang takde warranty tu 1300-1400 and kalau kawan kawan nak warramty kene tambah 100++.Yang tak ada warranty tu, kalau pump ada masalah, then nasib kamu la. Yang ada warranty tu kalau pump rosak dlm masa satu tahun, saya tak pasti sama ada penjual ganti baru ke atau mereka baiki. Tapi yang PASTI. Service centre LactaEquip akan kenakan charge yang tinggi kalau nak baiki or check kerosakan.

Apa beza Medela Murah Sikit Vs Medela Mahal sikit.

So secara AM nya, beza dua jenis ni adalah warrantynya. Oh tak lupa juga. kalau anda beli yang warranty lactaequip ni charger untuk motor nye 3 pin. memang khas untuk malaysia. and yang direct import from US or UK ni anda kene pakai unversal adaptor sebab dia 2 pin.

Yang lain, saya nampak storage bottle dier pon lain sikit bentuk capnya and yang medela lactaequip punya ada kasi free calma teats.Yang lain sama kot. Tapi by one look tak nampak beza sangat untuk dua dua ni kecuali u boleh nampak masa nak charge motor freestyle tu.

Oh lupa another things Kalau beli dengan Lacta Equip ni ada special condition. Contoh kata la sekarang kawan pakai medela swing, nak upgrade ke medela freestyle, kalau ada bukti pembelian anda beli dgn pengedar sah Medela anda boleh trade in pump lama anda. Best kan hehehe. Kalau pam rosak pon boleh diterima. Contoh 2 tahun lepas beli pam freestyle lepas dua tahun rosak sampai x boleh baiki..so nak beli freestyle baru.. boleh gak trade in dgn harga tinggi.. walaupon rosak. SYARAT nye mesti ada bukti pembelian dengan pengedar sah lactaequip.

Warranty dan Service Macam Mana and Macam mana nak tau warranty ni betul ke tipu.

Ok macam saya explain kat atas sana tadi, untuk medela yang ada warranty by lactaequip senang nak service. Ye la kita beli pump ni bukan murah, mahal so expect nak pakai lama. kalau boleh ada 5 org anak. Makan sangat la nak pam ni bertahan lama.. bukan setakat setahun. So Lactaequip no ada service centrenye. Kata lah pam dah umur 6 tahun nak service, tak de masalah. Tapi kalau bukan lactaequip warranty ni susah saya nak citer.

Pengalaman saya, ada customer nak service yg bukan lacta punya. Harga mereka charge mahal sampai tabah duit sikit boleh tuka pam baru.. tak silap service check saje dah 300 belum tuka spare part lagi. Tapi kalau lacta warranty harga diorang charge murah je.

Ada jugak yang kene tipu. Kata warranty lacta, tapi bukan. So untuk tau warranty betul ke tak boleh la check. dengan lactaequip. 

Contoh LactaEquip Warranty
Quality Macam Mana

Dari segi Quality saya rase tak boleh nak nilai sebab barangan electric ni. Sometimes ikut nasib la. Saya pernah je beli laptop sony harga 3k pakai dua hari dah jahanam. Nasib ada warranty Tukar one to one. So quality untuk dua dua ni susah nak cakap. Kalau baru beli ikut nasib. Kalau dah lama beli tengok cara pemakaian.

Yang mana patut saya pilih

Ni subjective. Sebab pemilihan di tangan anda. saya sebagai penjual dah terangkan semua nya. Tapi kalau saya dah spend beribu ribu baik beli yg reliable sebab kita tak tau bila motor or pump tu nak rosak. Kalau rosak pon dah tau nak service kat mana. Unless kalau yan manual mcm harmony.. tak kisah la warranty mana sebab bukan barang electronic.

Macam mana dengan Medela yang lain ? (Swing, Swing Maxi, Harmony,etc)

Ok untuk yang lain, mcm swing or swing maxi, sama je mcm freestyle. beza dier warranty and adaptor. harmony plak pada saya ok sebab x perlu risau pasal service.

Ok Untuk yang mecari Breastpump Medela. Ini sedikit sebanyak yang saya boleh tolong. Kalau berminat boleh hubungi saya terus. Whatsapp or Call or SMS.

Sekian Terima Kasih

My Little Iman Store
0122278545



1 comment: