My Little Iman Store

My Little Iman Store

Sunday 15 February 2015

Aku Tanya Apa Khabar... Semua ....

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Customer Customer dan pengikut blog My Little Iman Semua


Hari ini, saya berkesempatan nak update blog yang dah agak lama ditinggalkan. Meh sini saya cerita kenapa saya dah lama tak update apa apa.

Alhamdulilah bulan November lalu saya dapat tahu saya pregnant anak ke 2. Namun kehamilan ni bukan lah sesuatu perkara yang sama bagi semua wanita. Ada yang takde rase apa apa bila pregnant,  ade yang lepak dan letih sentiasa, ada yang lebih active dari biasa dan ade yang mengalami dugaan yang sangat hebat masa pregnant ni.

Ditakdirkan, saya salah seorang yang diduga untuk mengalami masalah semasa kehamilan. First Trimester memang tak boleh buat apa apa. Muntah like all the time, makan dan minum tak boleh, sakit kepala 24 jam dan hanya terbaring sama ada di atas katil atau, dibawah katil. Aktiviti harian adelah muntah sampai semua dikeluarkan. kalau dah x de benda nak keluar, muntah bunyi je pon jadi lah. Kalau ikut istialah doktor, dia kata nama penyakit ni Hyperemesis Gravidarum (HG) (korang google la sendiri kalau nak tau tentang benda ni).

Dari First Pregnancy pon saya macam ni jugak. First Trimester asik masuk hospital je. Saya semamangnye lah tersangat sedih dan tertekan dengan keadaan ini. Tapi bila fikir balik dan bila masuk ward, berjumpa dengan wanita wanita lain yang mengalami lagi teruk dari saya, saya jadi kuat balik. Tapi sesungguhnya, hanya org org yang merasainya sahaja yang faham. Ada yang kata, jangan ikutkan sangat perasaan...jangan layannn... kuatkan diri....jgn lembik lembik...well i would say,go and stun gun yourself. Benda ni bukan dibuat buat or sengaja nak melembik kan diri, benda ni semula jadi and even doctor pon x boleh buat apa apa kecuali masuk air, Kalau boleh diberi pilihan, saya rase tak de siapa yang pilih nak lalui benda ni. SO please ladies and para husband, be supportif. Kalau isteri/kakak/kawan muntah tu sebaiknya tenangkanlah mereka, urut urut kan belakang dan kasihanilah org itu, jangan kasi ayat diatas...


So far Alhamdulilah, husband saya supportif dalam hal ini, walaupon kadang kadang dier pon stress gak sebab lelaki kan.. mane la tahan pressure kalau hari hari kene uruskan anak dan isteri. But kita kene terus remind him yang benda ni sementara dan kita kene lalui sama sama.

So, disebabkan itu, kedai saya agak dah lama tidak beroperasi mcm biasa. Ramai yang whatapp/Fb message/Insta message saya tak dapat reply. Mana yang bernasib baik tu saya dapat lah layan dan dengan bantuan husband, saya dapat deliver barang barang yg customer oder. Oleh itu kepada sesiapa yang berkecil hati, saya minta maaf sebab tak dapat melayan permintaan anda. Tapi saya boleh kasi markah 98% org org yang deal dengan saya adelah orang orang baik yang sangat berhemah. 2% tu pon x de la tak berhemah sangat...cuma garang sikit je.

Sekarang kita dah start balik operasi, Cuma saya tak la 100% Fit. Saya akan cuba buat yang terbaik. Insyaallah saya akan melahirkan pada Antara awal ke pertengahan July. So by bulan puasa tu saya dah slowdown sikit kot. Sebab memang bila bulan puasa saya kurangkan aktiviti berniaga ni. Tapi utk special request saya akan sentiasa layan.

Dan

Buat masa ini, saya hentikan sementara atas sebab sebab susah nak manage.

1. Scheme KUTU My Little Iman Store

2. Scheme Installment

3. Babyzen YoYo rentals

Nanti Bila dah lepas besalin and saya dah fit balik, kita boleh jalan kan bali scheme scheme di atas.

Buat Masa ni Kami terima Full Payment Cash/Bank In/Credit Card sahaja

Harga sentiasa competitive dan lebih kurang la kalau kena caranye. :-)

Lepas ni saya akan update barang barang baru di My Little Iman Store

Tunggu.... Bye Bye Semua

Riz

My Little Iman Store
012-2278545 

2 comments:

  1. salam,

    siannya akak......!.. itula pengorbanan.. alhamdulillah dah makin ok.. :)
    sabar jela kan org yang ckp mcm2 tu.. Allah Maha Adil. orang yang 'mampu' je duiji.. hehe. take care! :)

    ReplyDelete
  2. Tq sis. Ye la kan, tapi saya harap biarla bakal ibu ibu lain x lalui apa yang saya lalui.

    ReplyDelete