My Little Iman Store

My Little Iman Store

Thursday 6 March 2014

Jalan Jalan Japan 2013

Hi All

Ok Asik citer Business je, Tak best Gak kan..sesekali kita ke na bercerita pasal benda lain.
Harini saya nak tulis pasal pengalaman saya ke Jepun bulan 12 tahun lepas (2013). Bukan cerita semua la, cerita pasal pendapat saya tentang nilai kekeluargaan masyarakat Jepun.

Ok Perception saya sebelum ke Jepun adalah, mesti rakyatnya busy, workaholic, tak de family sangat and all high tech high tech la. But surprisingly apa yang saya nampak semasa kat Jepun adalah berlainan dgn perception saya. Kebanyakan yang saya jumpa jenis family type (but keluarga kecil, paling ramai 2 anak). Mereka mcm kita jugak, bawak anak pergi theme park, bawak main basikal kat taman, pergi playground dan sebagainya.

Tapi yang menariknya masyarakat Jepun sangat la obses pada stroller dan Soft Structured Carrier (SSC). Jalan mana mana mesti jumpa orang sorong stroller or pakai SSC (Mostly Ergobaby).

Paling saya suka is diorang punya acesories kat basikal, Full gear untuk bawak anak dari umur <setahun - 4 tahun...memang terbaik.

Nilai nilai baik masyarakat Jepun adalah :

1. Masa pergi taman mereka tak bawak kenderaan di kawasan riadah (Contoh, tak bawak moto kapchai keliling tasik/tempat orang jogging)
2. Tak Buang sampah merata.
3. Tak menjahanamkan harta benda awam
4. Tak de pon remaja melepak (berdua duaan kat kawasan sunyi boyfren/girlfriend)
5. Bertoleransi (Means kalau guna basikal free tu, bila dah tak pakai cepat cepat pulangkan)

Semua Melintas Hanya di Zebra Crossing

Basikal Awam (Free)

Volunteer yang jaga basikal ni adalah warga emas 

Siap bantu kami lagi

Basikal Normal untuk orang ada anak kecil


Kat Disneyland Tokyo Ramai Giler Bawak Stroller - Nak Main Ride Letak mcm tu je.. Tak Hilang Pon

Siap ade parking Area utk Stroller





Secara keseluruhanya, kami suka masyarakat Jepun, Scenery Jepun dan Nilai nilai baik masyarakat sana. Mungkin yang baik boleh la kita ikut dan latih anak anak kita untuk lebih berdisiplin. Contoh yang baik haruslah dimulakan dari rumah.

Oleh itu jom lah kita bawa anak anak beriadah dan ajar mereka nilai nilai yang baik. Jangan abaikan anak anak. Ambil tahu apa aktiviti mereka, siapa kawan mereka dan luangkan lah masa bersama anak anak.

Sekian

My Little Iman Store

No comments:

Post a Comment