Haritu dah cerita bahagian 1. Now bahagian 2. Setelah berabad lamanya baru la nak citer. Tapi masih segar di ingatan lagi cerita kami ke UK. Kami ke sana bulan May 2016. Masa ni nam masuk musim panas. Tapi masa kami pergi cuaca tak menentu.. kejap sejukkkkk kejap karang panas. Nasib bawak baju tebal jugak. So agak haru biru disitu dengan cuaca yang tak menentu tapi alhamdulilah semuanya lancar dan yang penting ENJOY!!
Kami Naik dari KLIA pastu transit jap kat DOHA.. pastu terus ke Heathrow. Transit tu 2 jam aje.. so nak kasi tips la eh kat kawan kawan semua. Kalau travel with kids, 2 hours transit tu kene cepat cepat.. tak boleh slow ikut rentak anak anak sebab 2 hours tu sangat lah pendek, flight selalu boarding like sejam awal kan, so kita sebenarnye ade sejam je utk jalan jalan cari terminal kat airport tu.. Macam pengalaman kami, nyaris termiss flight sebab melenggang kangkung siap berenti tuka pampers pastu turun kapal lambat.. sampai dengar announcement last call for London Bound baru lah kami sekeluarga memecut dengan lajunya. Bayangkan dengan anak anak.. Nasib ade bawak Stroller Babyzen YoYo. kalau kene dukung sambil berlari memang habis la. Ngam ngam kami masuk je.. pintu pon tutup.. Nasib baik.. tak boleh bayangkan kalau terlepas flight tu.
Fligh pukul 2 pagi.. Kita ingat dia tido..boleh riang begini Si Ilham ni
Dalam flight, everything went well. Qatar Airways World No1 Airlines. Memang best..selesa and makanan pon best.. Flight Attendant pon bukan main suka kat Iman and Ilham. so our total 18 hours travelling from KL to Heathrow..berjalan lancar.. Penat? Jangan cakap la.. so kalau nak travel dgn anak kecik mcm ni paham paham je la. Tapi inilah yang saya mahukan, so tak de masalah walaupon badan rase mcm dah nk patah 2.
Untuk yang bawak anak bawah 2 tahun, boleh request bassinet.. Nak pegang anak 14 jam? oh tidakkkkk
Ni akak pramugari yang ambik kan.. suka sangat tengok kita bawak anak anak.. dia dah offer.. ape lagi..
Sampai je Heathrow, kami pon jalan la pelan pelan. Ambil beg, Pergi toilet siapkan anak, tuka baju, beli snack dan air terus ke Shuttle Station untuk ambil kereta sewa. Kami sewa kete dengan company Europe Car.. Booking semua buat online, Sampai je sana. register, buat final payment and pilih kereta Teruskan perjalanan. Hahaha perasaan masa tu mcm tak percaya je.. dah laki bini dok gelak gelak sengeh sengeh.. ye la lama tu kumpul duit nak datang sini..
Kitorang terus drive ke Bicester untuk check in Hotel.. sampai heathrow pukul 12 tengahari.. ambik kereta drive ke Bicester dalam 45 minit.. Pukul 3 ptg la mcm tu baru kami Check In.. Just in time. Kami pilih ke Bicester ni dulu sebab nak jalan jalan luar kota london.. ke Oxford dan Stonehenge dan jugak semestinya untuk ke Bicester Village. Kat sini kami duduk Premier Inn Bicester. Best la bilik dia besar, ada dua katil queen dan berdepan dengan Tesco. Dugaan pertama kat sini, kami tersalah beli susu anak.. adeh boleh pulak mase beli tak perasan ambik Pediasure Perisa Coklat.. Ilham memang tak nak la.. Iman pon mcm x suka..so bermula la aktiviti mencari susu di Tesco. Oh lupa nak citer, makanan pulak..kami ade tapau kfc masa nak naik flight...so utk ilham dia makan mashed potato.. iman makan ayam. pastu kita beli buah buahan.
Makanan untuk Iman kami x ada masalah sangat sebab dia dah boleh makan apa kami makan, cuma untul Ilham kami ade la bawak Heinz Babyfood tu.. tapi malangnya dia x berapa nak.. so mencari la mashed potato dan pisang. ada instant babyfood perisa ikan bilis tu pulak Ilham nak..so dia makan tu la kat sana.
Ok nanti sambung lagi Bahagian 3
Bye Bye
No comments:
Post a Comment