My Little Iman Store

My Little Iman Store

Sunday, 12 February 2017

Best Babyzen YoYo Plus

Hi Mommies and Papas

Hari ni saya nak share sikit pasal antara kehebatan stroller yang saya bawak pergi travel ni. As we know, saya ke UK selama 12 hari bawak anak anak umur antara 1 tahun hinggan 4 tahun. Masa saya pergi tu Iman nak masuk 4 tahun, Ilham 11 Bulan. Kami jalan jalan sendiri je, tak de tour guide, tak ade package dan semua buat sendiri la senang cerita. 

Sepanjang percutian kami, our best buddy is our Babyzen YoYo. Stroller ini banyak berjasa melancarkan perjalanan kami sekeluarga dan anak anak pon selesa. Babyzen YoYo ni sangat penting se penting Passport kitorang. Saya nak cerita bagus nya Babyzen YoYo ini ikut pengalaman yang kami lalui.

1. Semasa nak ke Uk. Kami naik dari KLIA ----> DOHA ----> LONDON. So ade transit at DOHA dalam sejam setengah la. Imagine flight pukul 2 pagi. Bayangkan kalau x de stroller... hehehe mase ni husband saya bawak satu bagpack yang dalam 7kg...saya bawak bag susu dan makanan anak yang berat lebih kurang sama. So bayangkan kalau x de stroller.. Pengsan.. So saya bawak satu YoYo. Husband bawak Satu yoyo.. tolak stroller sampai depan pintu masuk flight. Bila ground officer tengok.. YoYo??? terus kata ok boleh masuk. Kita pon lipat..tak payah masuk bag pon, simpan terus dalam cabin.

Mak Pon nak Posing dengan YoYo

2. Masa transit dekat DOHA. Kalau ikut waktu malaysia mase tu jam 8 pagi. Kalau ikut waktu DOHA.. sama tu saya tak ingat dah tapi ,mcm awal pagi la kat sana.. and anak anak masih tak larat nak jalan sendiri. Sekali lagi YoYo menyelamatkan kami, dengan bantuan YoYo perjalanan kami lancar dan kurang penat. Siap nyaris terlepas flight ok sebab slow sangat, nasib ada YoYo. Kalau Sttoller masuk cargo memang habis la kitorang. Gambar kat DOHA airport takde sebab tak sempat

3. Sampai di Heathrow London. Kami nak sewa kereta, Nak ke tempat ambil kereta tu kene guna stuttle. Nasib stroller kami kecik so muat, tak payah dua trip. And yang paling penting, kereta kami sewa tu memang sesuai utk family kecik. Peugeot 208 ke 308 tak ingat. Tapi booth die ngam ngam masuk 2 bag besar, 1 yoyo  and 1 bagpack. Satu lagi yoyo letak kat depan car seat adik. Hmmm selamat duit.. kalau tak kene upgrade kereta sebab barang.. bukan sikut duit tau..boleh beli lagi satu yoyo.

Bila check balik. Ini je gamba bersama kereta yang ade. Adoi

4. Sepanjang berjalan kat sana, cuaca tak menentu, kejap panas kejap sejuk kejap hujan. Haaaaa bayangkan kalau x de stroller + Rain cover.. makanya kami dok dalam hotel aje le. Rain cover sangat kritikal ok. sebab kalau sejuk, angin dia anak anak tak tahan, so diorang akan menangis. Bila ade rain cover, pastu pulak rain cover tu transparent, ok la anak boleh duduk diam diam dalam tu. Ade yang tanye, boleh pulak anak ko duduk diam dalam stroller, mintak tips... hahaha tak de tips ok .. keturunan kot.. dua dua x de masalah duduk stroller cuma kami memang guna stroller sejak anak baby lagi. jalan jalan taj suka dukung. sama ada duduk stroller atau lepaskan jalan. ,mungkin itu salah satu faktor kot.

Terbang tinggi Malaysia Airlines

Stonehenge
Tunggu Abah Pulangkan Kereta

Sementara Tunggu Dobi

Hujan Sepanjang Hari Tapi Tak Lebat.. Sejuk

Sementara Tunggu Parade Disneyland.. Org sebelah kami dari Japan pon bawak YoYo tau

5. Menggunakan pengangkutan awam. Kami kat sana naik bas/subway/train. kalau bawak stroller yang tak compact maka nya suamiku akan menjadi mangsa keadaan. Sebab dia la kene turun naik tangga manage stroller.. saya memang tak la.. ahahaha.. pastu setiap kali naik bas hop on hop off tu.. tak payah fold yoyo sebab kecik dan tak makan ruang. Orang sekeliling pon rajin nak tolong sebab kecik strollernye.
EuroStar dari London ke Paris

Dalam Hop On Hop Off Bus

6. Waktu tidur anak. Hmm ni pon penting, sebab perubahan waktu kan, kita yang dewasa ni ok je. anak anak la, tidur tak menentu, so kalau x de stroller... sekali lagi.. duduk hotel aje la... Dengan ada nya yoyo.. bila dia nak tido.. kita tarik canopy, pasang raincover, letak blanket... sejuk pulak ala ala air cond.. lena lah anak anak mama..

My Happy Baby

After Long Hour Flight..Adik tu tak berseluar sebab 3 Kali muntah

Selain tu, masa jalan jalan pon kita nak bawak dua stroller pon x rase penat, sebab kecik.. kalau anak tak nak naik.. kita lipat atau jadi stroller letak barang barang. So far alhamdulilah.. kami tinggal stroller tak pernah hilang lagi.. kami pergi disneyland paris.. even ke jepun dulu pon.. parking stroller and stroller tak hilang.

Secara jujur. Babyzen Yoyo masih pilihan no 1 saya. Sebab dah 5 Tahun pakai, qualiti masih baik. Dan berbaloi duit yang dikeluarkan. Sedikit sebanyak perkongsian pengalaman saya ber YoYo.

Kami masih menjual Babyzen YoYo Plus.. Kali ni Package lebih menarik. Boleh Visit FB & Instagram kami 

FB : My Little Iman Store

Instagram : Mylittleimanstore

atau 


012-2278545

Ok Semoga Bermanfaat
Bye Bye


Babylon YoYo Plus 2016/2017

hHi

Tahun ini kami hanya menjual Babyzen YoYo Plus sahaja. Yang YoYo lama / biasa tu dah discontinue. Yes harga yoyo plus ni lebih mahal, banyak jugak la bezanya. Ini adalah kerana Babyzen adalah jenama premium utk baby stroller dan yang lama tu banyak sangat tiruan.

Babyzen YoYo Plus ini didatangkan dengan quality fabric utk seat dan canopy yang lebih baik dan lembut. Selain itu shopping basket juga lebih besar. dekat sling dia jugak ade diletakan padding supaya bila sangkut stroller kat bahu, tak la sakit. Yang paling best, yoyo plus ni boleh pasang adaptor (dijual asing) dan attachedkan dengan maxi cosi carrier or Cybex carrier. So utk baby newborn boleh la pakai carrier dgn stroller. Saya cdangkan instead of beli newborn nest yoyo baik beli adaptor dan maxi cosi carrier, sebab multifunction.

Babyzen YoYo Plus


Customer Photo 😍😍

MyLittleIman 

London - Paris trip Bahagian 1


Hi Semua

Dah lama sangat tak Update Blog. Tengok kat List tu last Update November 2015. Hahaha memang busy tahap gaban nih. Ilham sekarang dah nak masuk setahun, so makin ok la sikit cuma sekarang kalau nak update blog/facebook/instagram kene tunggu dua dua ni tido je la. Kalau tak jangan le harap.

Ok. Kali ni nak cerita pasal trip kami sekeluarga ke Europe. Tak la Europe sangat, England dgn France je pon kami pergi. Tak dapat menerjah ke beberapa negara sebab travelling with kids and infant kan.

Sebenarnye dah  lama berangan nak ke sana. Sejak belum kawin lagi, dulu ingat nak bagpacking la, tour Europe la.. last skali tak sempat. Dah rezeki nye pergi dengan suami dan anak anak rupenye. Kami dah plan nak ke sini sejak hujung 2015 lagi. Tapi dok fikir nak ke tak nak.. nak ke tak nak sebab Ilham kecik lagi. Tapi bila fikir balik, masa bawak Iman ke japan dulu pon umur dia belum setahun, alhamdulilah Ok. Tak de masalah, so kami confident la walaupon tahu yang cabaran lebih sikit sebab dulu kami bawak satu. Now kami bawak dua.

Duit kami nak ke Europe ni dah kumpul sikir sikit dah. By December 2015 duit pon dah ngam la dengan yang kami bajet.       So start bulan 1 tu saya dah mula survey ticket. Target max kami kalau x de ticket murah, saya akan beli masa MATTA Fair. Sebelum bercuti dan rancang hotel semua ticket kene beli dulu, senang.. karang dah booking bilik semua tiket tak de payah.  Sebelum tu saya ade bertanya pada Personal Travel Agent aka Kak Julia. Kak Julia ni selalu bawak group melancong ke Uk & italy dan sekitar Europe. Kak julia ni jugak Jiran kitorang so memang kenal dia la. Asalnye plan nak ikut Kak Julia ni sebab tengok Itenery dier agak best. tapi masa kami plak tak sesuai dgn dia. So kak Julia ni kata tak pe la kitorang pegi sendiri dia kasi la tips tips melancong ke sana.

Boleh Follow Instagram Kak Julia ni traver15hopper

Plan ke sana ni saya memang kene buat betul betul sebab nak bawak anak anak kan. Ape ape hal susah pulak kat sana. So dengan bantuan Kak Julia dan saya pon ade baca beberapa website Visit Uk dan beberapa blog, saya pon start tulis plan.

First. Beli ticket flight. Pilihan saya:

1. Malaysia Airlines (Ini semamangnye pilihan rakyat malaysia bila nak ke mana mana, tapi yang ditawarkan oleh malaysia airlines ni tak menepati bajet saya, kalau naik MAS ke London, dia direct flight from KLIA to LHR - 14 Jam Perjalanan Non Stop. Masa saya nak beli ni ticket MAS RM 3299 seorang return ticket)
2. Emirates (Emirates ni memang famous la. Even company yang saya kerja tu kalau flight ke UK memang akan ambil Emirates. Mase ni Emirates Tiket dier Ok. Berpatutan dalam RM2699, selalunya harga ni dikira Murah la utk ke London)
3. Etihad ( Etihad menjadi pilihan sebab pernah terbaca dalam FB ticket dier murah, tapi masa saya nak beli tu, mahal giler. so ni Reject)
4. Qatar Airways (Qatar Airways pulak tak termasuk pon dalam senarai saya, tapi sesaja bukak. tengok tengok ade promotion. Multycity KUL-London Paris-KUL. Means pergi dari KLIA ke London, Balik naik dari Pari ke KLIA. Flight ade transit kat DOHA. So Flight dier 7 jam ke Doha pastu 7 jam ke London. Transit Sejam 40 minit. Ok la Kami dapat Tiket Average 2000++).

Bila dah beli baru terbaca yang Tahun 2015 Qatar Airways dapat anugerah Airlines terbaik dunia mengalahkan airlines yang lain di ikuti Emirates. Malaysia Airlines tak masuk senarai pon. Namun saya tetap sayangkan MAS dan berharap MAS terus maju dan terus terbang tinggi membawa bendera negara kita. Tapi macam saya kata la, faktor harga tu penting. Beza rm1300 kalau dikali tiga dah berapa kan.

Lepas beli tiket, kita check pulak hotel kat sana dan plan perjalanan. Berapa hari nak ke sana, berapa tempat nak pergi, nak naik ape (kereta or public transport or hired someone kat sana utk bawak jalan jalan). Disebab kan kami berempat aje. Maka, rugi la kalau kita hired org bawak kita ke sana sini. kalau in group berbaloi. Benefit ade guide ni adelah, kita tak payah pikir ape ape. Diorang buat semua, kita bawak badan aje. So again, sebab bajet agak besar kalau nak hire guide, kami pon pilih utk jalan sendiri, lagipon lebih mudah utk yang anak anak kecik ni. Ikut masa sendiri nak jalan... kita jalan..  nak rehat.. kita rehat. Kita tak attached dgn apa apa.

So saya dah susun plan selama 10 hari di Europe. 2 hari perjalanan. 6 Hari pertama kami di England. 4 hari berikutnya kami di France.

6 Hari di England

1. Sehari di Bicester - Tidur satu malam
2. Sehari di Oxford - Tidur satu malam
3. 4 hari di Kota London

4 Hari di France
1. 2 Malam di Marne La Valee - Disneyland
2. 2 Malam di Kota Paris

Apa Kami Buat kat sana? Tunggu  next entry.



Bye Muah

Monday, 6 February 2017

London - Paris Trip Bahagian 2

Hi

Haritu dah cerita bahagian 1. Now bahagian 2. Setelah berabad lamanya baru la nak citer. Tapi masih segar di ingatan lagi cerita kami ke UK. Kami ke sana bulan May 2016. Masa ni nam masuk musim panas. Tapi masa kami pergi cuaca tak menentu.. kejap sejukkkkk kejap karang panas. Nasib bawak baju tebal jugak. So agak haru biru disitu dengan cuaca yang tak menentu tapi alhamdulilah semuanya lancar dan yang penting ENJOY!!



Kami Naik dari KLIA pastu transit jap kat DOHA.. pastu terus ke Heathrow. Transit tu 2 jam aje.. so nak kasi tips la eh kat kawan kawan semua. Kalau travel with kids, 2 hours transit tu kene cepat cepat.. tak boleh slow ikut rentak anak anak sebab 2 hours tu sangat lah pendek, flight selalu boarding like sejam awal kan, so kita sebenarnye ade sejam je utk jalan jalan cari terminal kat airport tu.. Macam pengalaman kami, nyaris termiss flight sebab melenggang kangkung siap berenti tuka pampers pastu turun kapal lambat.. sampai dengar announcement last call for London Bound baru lah kami sekeluarga memecut dengan lajunya. Bayangkan dengan anak anak.. Nasib ade bawak Stroller Babyzen YoYo. kalau kene dukung sambil berlari memang habis la. Ngam ngam kami masuk je.. pintu pon tutup.. Nasib baik.. tak boleh bayangkan kalau terlepas flight tu.

Fligh pukul 2 pagi.. Kita ingat dia tido..boleh riang begini Si Ilham ni

Dalam flight, everything went well. Qatar Airways World No1 Airlines. Memang best..selesa and makanan pon best.. Flight Attendant pon bukan main suka kat Iman and Ilham. so our total 18 hours travelling from KL to Heathrow..berjalan lancar.. Penat? Jangan cakap la.. so kalau nak travel dgn anak kecik mcm ni paham paham je la. Tapi inilah yang saya mahukan, so tak de masalah walaupon badan rase mcm dah nk patah 2.

Untuk yang bawak anak bawah 2 tahun, boleh request bassinet.. Nak pegang anak 14 jam? oh tidakkkkk

Ni akak pramugari yang ambik kan.. suka sangat tengok kita bawak anak anak.. dia dah offer.. ape lagi..

Sampai je Heathrow, kami pon jalan la pelan pelan. Ambil beg, Pergi toilet siapkan anak, tuka baju, beli snack dan air terus ke Shuttle Station untuk ambil kereta sewa. Kami sewa kete dengan company Europe Car.. Booking semua buat online, Sampai je sana. register, buat final payment and pilih kereta Teruskan perjalanan. Hahaha perasaan masa tu mcm tak percaya je.. dah laki bini dok gelak gelak sengeh sengeh.. ye la lama tu kumpul duit nak datang sini..


Kitorang terus drive ke Bicester untuk check in Hotel.. sampai heathrow pukul 12 tengahari.. ambik kereta drive ke Bicester dalam 45 minit.. Pukul 3 ptg la mcm tu baru kami Check In.. Just in time. Kami pilih ke Bicester ni dulu sebab nak jalan jalan luar kota london.. ke Oxford dan Stonehenge dan jugak semestinya untuk ke Bicester Village. Kat sini kami duduk Premier Inn Bicester. Best la bilik dia besar, ada dua katil queen dan berdepan dengan Tesco. Dugaan pertama kat sini, kami tersalah beli susu anak.. adeh boleh pulak mase beli tak perasan ambik Pediasure Perisa Coklat.. Ilham memang tak nak la.. Iman pon mcm x suka..so bermula la aktiviti mencari susu di Tesco. Oh lupa nak citer, makanan pulak..kami ade tapau kfc masa nak naik flight...so utk ilham dia makan mashed potato.. iman makan ayam. pastu kita beli buah buahan.

Makanan untuk Iman kami x ada masalah sangat sebab dia dah boleh makan apa kami makan, cuma untul Ilham kami ade la bawak Heinz Babyfood tu.. tapi malangnya dia x berapa nak.. so mencari la mashed potato dan pisang. ada instant babyfood perisa ikan bilis tu pulak Ilham nak..so dia makan tu la kat sana.



Ok nanti sambung lagi Bahagian 3

Bye Bye