Hi All
Saya ada jugak terbaca, lebih baik dalam kita berniaga online ni kita share jugak on something yang tak terlibat dengan product. Lebih senang citer tak la asik promote barang je.. Hehe and yup saya juga bersetuju dengan cadangan itu, tapi apakan daya masa yang dimiliki sangatlah limited. Update blog pon waktu malam je boleh or pada waktu waktu lain yg free such, weekend yg lepak kat rumah and anak tido, kerja rumah/masak semua dah siap.
Peniagaan ini adalah kerja sampingan saya, mula dengan minat terhadap stroller dan barang barang baby tak sangka dengan usaha yang lebih sikit dapat bukak kedai online dan barang barang dari authorized distributor. Lama gak pencarian ni bermula, hampir setahun baru stable sebab dah dpt suplier yang reliable. Cara mencari? kene la banyak research :-)
If you're wondering siapa saya, saya orang biasa mcm mommies mommies kat luar jugak. Saya berkerja,seorang isteri,seorang mama,dan juga seorang anak :-)
Kerjaya utama saya adalah sebagai Process Safety Engineer di sebuah syarikat swasta yang mengendalikan Chemical Plant (Major Hazard Plant). Saya mempunyai Degree dalam bidang Mechanical Engineering dan Masters in Engineering Management. Minat saya terhadap bidang technical dan pengetahuan yang saya ada membuatkan saya sayang untuk melepaskan jawatan sebagai Engineer dan saya percaya selagi ia bermanfaat kita harus teruskan.
Business ni sebenarnya adalah pengganti hobi saya, iaitu saya maximumkan masa saya. Dulu sebelum kawin hobi lepas balik keje
1. Bersukan (BAdminton la Ping Pong La Boling La)
2. Tengok Wayang
3. Scuba Diving
4. Mengopi
Sekarag! Semua diatas.... Dah Tak Boleh Buat.. :-)
Sebab?
1. Balik keje kul 5 - 6 ptg kene ambil anak dari pengasuh
2. No more wayang sebab tak de org jaga anak
3. Scuba Diving jangan tanya
4. Mengopi jangan harap sebab kadang kadang nak makan pon, makanan dah sejuk sementara tunggu hubby makan dulu
So, ada some spare time, cari la hobi lain disamping boleh buat duit sikit :-) Plus saya takde maid tapi ada weekly helper yang sangat best (Kak Eton) - Kak Eton ni tolong saya bersihkan rumah/gosok baju kerja/cuci/mop satu rumah seminggu sekali hehe ringan la sikit beban (mcm mana nak mop rumah sendiri kalau anak asik melekat kat kaki)
Oleh itu, ada kalanya saya tak sempat nak reply whatsapp, mesej dan sebagainya sebab sometimes dalam meeting, masuk plant, chair hazop session, chair assessment or tgh memerah otak siapkan report.
But so far i have no problem with my customer, semua mereka memahami.
Saya bercita cita nak share dengan anda semua tentang kerjaya saya in details (What process safety Engineer do/what is process safety) it might be boring tapi mane la tau boleh jadi ispirasi kepada sesiapa di luar sana :-)
Tengok la kalau ada masa terluang, saya akan menulis lagi.
Thank You for your support and Love u All
There Are Times Where This is How I Operate My Online Store